Posted by : admin Thursday, March 28, 2013

Kedudukan perkampungan yang jauh di dalam hutan selain ketiadaan pili bomba menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa menggunakan air laut bagi memadam kebakaran membabitkan kira-kira 500 rumah di perkampungan setinggan atas air di Kampung Numbak, Sepanggar, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, api dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum marak cepat ke kediaman lain berikutan keadaan angin kencang dan jarak antara rumah yang berdekatan.

Kejadian itu menyebabkan 5,000 penduduk hilang tempat tinggal termasuk ada di antara mereka mengalami cedera ringan ketika cuba menyelamatkan diri dan harta benda masing-masing.

Bagaimanapun, tiada kehilangan jiwa dilaporkan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kota Kinabalu Hamsa Isnurdini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.09 malam dan tujuh jentera bersama 50 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Powered by Blogger.

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -