Posted by : admin Sunday, March 31, 2013

Selepas pemain import, Simone Del Nero sah akan meninggalkan Johor Darul Takzim (Johor DT), kini rakan sepasukannya iaitu bekas pemain kelab Liga Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza, 32, difahamkan bakal mengikut jejak langkah sama.

Kedua-dua pemain itu dikatakan akan meninggalkan negara ini untuk mencari hala tuju baharu sebaik pintu perpindahan pemain dibuka April ini.

Guiza menjadi penyelamat kepada pasukan berstatus bintang itu apabila menyumbang dua gol untuk membantu Johor DT menewaskan Terengganu 3-2 dalam satu aksi yang penuh mendebarkan di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor kelmarin.

Bagaimanapun, pemain yang pernah menyarung jersi Real Mallorca dan La Roja itu tidak meraikan gol kemenangan yang dijaringkan pada minit ke-36 dan 45 meskipun lebih 30,000 penyokong bersorak serta menyanyikan lagu untuknya.

Sekiranya spekulasi itu benar, ini bermakna Guiza atau Del Nero akan memberikan aksi terakhir mereka bersama skuad Harimau Selatan itu pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA menentang Selangor di Johor, 6 April ini. Kami difahamkan, pengganti Del Nero ialah pemain yang berasal dari Brazil, Andre Francisco yang kini beraksi bersama pasukan Johor FA dalam Liga Perdana.

Selain Francisco, tiga pemain lain dari Johor FA yang akan diserapkan dalam skuad kendalian Fandi Ahmad ialah Farid Ramli, Nazri Ahmad dan Jasazrin Jamaludin.

Antara pemain Harimau Selatan yang akan dilepaskan adalah Ezaidy Khadar, K.Sathiya dan Faizal Mansor.

Bagi pengganti Guiza pula, kami difahamkan seorang pemain dari Brazil dan seorang lagi dari Argentina telah tiba di Johor Bahru kelmarin untuk diuji.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -