Posted by : admin Thursday, March 28, 2013

Seorang ibu kepada empat anak ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik air sebuah rumah stor di Taman Desa Tanjung, Jertih, kelmarin.

Mayat mangsa berumur 33 tahun yang menjalankan perniagaan kedai runcit di Kampung Mak Sara Jertih ditemui suami dan adiknya kira-kira jam 5.30 petang selepas keluar dari rumah kedainya di Kampung Mak Sara pada jam 12 tengah hari sama.

Ketua Polis Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suami mangsa mendakwa sebelum kejadian, wanita berkenaan keluar dari rumah kedainya dengan menunggang motosikal seorang diri.

Menurutnya, apabila tidak pulang, suaminya menghubungi mangsa melalui telefon bimbit pada jam 2.30 petang namun tidak dijawab. “Suami dan adik nya kemudian mencari di sebuah rumah mereka di taman perumahan itu yang dijadikan stor barangan runcit, lalu menemui mangsa mati tergantung di dalam bilik air,” katanya.

Kamaruddin berkata, mangsa dikatakan mengalami masalah jiwa setelah kematian ibu, selain anak bongsunya berusia tujuh bulan ditahan di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan kerana masalah paru-paru.

Menurutnya, sebelum ini mangsa dirujuk ke pakar sakit jiwa HUSM dan diberikan ubat penenang jiwa dan ubat tidur.

“Polis mengklasifikasikan kejadian ini sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu menurut abang mangsa, adiknya didapati meroyan selepas tujuh bulan melahirkan anak keempatnya yang kini dirawat di HUSM.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -