Posted by : admin Sunday, March 31, 2013

Lelaki ini dipercayai terlibat dalam isu pencerobohan Lahad Datu Sabah. Lelaki yang bergelar Datuk Seri ini diperlukan untuk membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Muhammad Ridzwan, merupakan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.


Penjelasan Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman

Assalamualaikum, Ayahanda Dato Seri’ Muhammad Ridhwan Bin Sulaiman Merangkap Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia akan membantu pihak Polis berkaitan siasatan Operasi Isu Pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Untuk pengetahuan, ayahanda tidak berkaitan dengan pengganas mahupun Jamalul Kiram III. Beliau hanya mengenali SULTAN MUEDZUL-LAIL TAN KIRAM merangkap Raja Muda (Crown Prince) yang disahkan oleh Kerajaan Filipina.

Tujuan beliau menolong adalah hanya untuk membantu Umat Islam yang tidak berkemampuan Di Sulu. Diminta pihak-pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini. Ikuti perkembangan melalui media massa dari semasa ke masa.

Amar Maaruf Nahi Mungkar,

Sekian, Harap Maklum.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -