Posted by : admin Monday, April 1, 2013

Bentuk bunga biasanya mempunyai pelbagai jenis, bahkan ada bentuk bunga yang kelihatan sangat unik dan salah satunya adalah seperti bunga anggerik monyet ini atau nama saintifiknya adalah Orchis simia. Apa yang unik dari pokok bunga anggerik monyet ini adalah bentuk bunganya yang jika di lihat dengan teliti ia kelihatan seperti imej lelaki yang sedang telanjang dengan kemaluan yang sedang tergantung. 

Bunga anggerik monyet ini sering di temui di sekitar Eropah. Walaupun bunga ini bukan dari spesies pokok bunga terbaru, namun bentuknya yang unik membuatkan bunga ini menjadi heboh di Internet.

Seorang pengguna Internet yang menggunakan nama akaun "Himasoku" telah memuat naik foto bunga anggerik monyet yang mirip lelaki terlanjang ini di laman web jenaka, Reddit. Himasoku juga telah menulis secebis ayat bahawa foto bunga anggerik monyet yang di muat naiknya ini mirip seperti lelaki telanjang lengkap dengan kemaluan yang sedang tergantung.

“Sekarang aku sering berfikir perkara-perkara lucah apabila melihat bentuknya, sedangkan dulu hanya berasa biasa sahaja,” komen seorang pelawat. “Bagaimana jika bunga itu di berikan seorang lelaki kepada wanita?” tambah pengomen lainnya. “Alam semulajadi memang luar biasa.”

Laman web Wikipedia menjelaskan bahawa bunga anggerik monyet ini merupakan bunga yang memiliki bau aroma seperti kotoran manusia. Hal ini mungkin kerana ada hubungannya dengan manusia maka bentuk bunga ini mirip seperti seorang lelaki yang sedang telanjang.




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Powered by Blogger.

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -