Posted by : admin Sunday, July 14, 2013


Gambar Alyah menangis didakwa boikot Utusan Malaysia - Ekoran didakwa memboikot akhbar Utusan Malaysia, penyanyi lagu Kisah Hati dan Tak Mungkin Kerana Sayang, Alyah melahirkan rasa terkejutnya ketika ditemuramah wartawan semasa proses rakaman Raya Hijabista TV9 semalam.

Mungkin disebabkan terlalu sebak dan sayu dengan dakwaan itu, Alyah tidak mampu menahan airmata sehingga menangis di khalayak ramai.

Sambil menjawab pertanyaan wartawan, sambil itu juga Alyah menangis teresak-esak, sehinggakan make-up cantik yang dikenakan di wajahnya menjadi cair dan melelah keluar. Admin cukup kesian dengan penyanyi popular ini kerana sering dilanda kontroversi bukan-bukan.

Apapun, admin berharap agar Alyah terus dapat bersabar dan menyedari bahawa bermacam-macam rintangan dan dugaan perlu dilalui jika mahu terus bertahan dalam industri hiburan tempatan.

Di sini, admin ingin berkongsi beberapa keping gambar Alyah yang sedang menangis kesedihan ketika ditemuramah oleh wartawan semalam. Kredit kepada laman blog rotikaya.










Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -