Posted by : admin Sunday, July 14, 2013


Gambar kekasih baru Abby Abadi - Benarkah bekas pelakon popular, Abby Abadi kini sudah bertemu jodoh baru setelah bercerai dengan Norman Hakim dua tahun lepas? Jika berdasarkan status terkini di Instagram miliknya, beliau secara terang-terangan berkongsi kata-kata manis berkenaan berita hari bahagianya itu.

Lebih membuatkan admin tertanya-tanya, Abby turut memuatnaik beberapa keping gambar misteri dengan salah satunya disertakan bunyi caption "Jodoh Rahsia Allah". Selain itu, Abby meminta pengikutnya di laman Instagram agar mendoakan berita bahagianya yang bakal diumumkan tidak lama lagi.


Tidak lama selepas pengakuan ini, Abby terus memuatnaik sekeping gambar kabur seorang lelaki yang sedang memegang bunga dengan caption berbunyi "Jeng! Jengggg! Jenggg!!! Taraaaaaa!" Inikah gerangan lelaki yang berjaya memikat hati Abby Abadi, romantik sungguh?


Kemuncak dari pengakuan Abby itu, beliau akhirnya sudi memuatnaik sekeping gambar terkini dirinya bersama seorang jejaka kacak dikenali Farhan yang turut disertakan caption panjang berbunyi "Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan. Janji dah semua kerja dia buleh tolong... bgtau jer.... orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu... Semoga impian terlaksana."



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Powered by Blogger.

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -