Posted by : admin Saturday, July 13, 2013


Punca pergaduhan Alyah dan akhbar Utusan Malaysia - Nampaknya hubungan baik yang dibina bertahun-tahun lamanya antara Alyah dan akhbar Utusan Malaysia akhirnya lebur begitu sahaja apabila penyanyi lagu Kisah Hati itu dikatakan mula menyalahkan media kerana sewenang-wenangnya menyiarkan artikel tulisan yang berjudul "Alyah Tunggu Pinangan Ramli MS" tanpa mengetahui kesahihannya.

Hubungan keruh antara dua pihak ini semakin teruk apabila akhbar Utusan Malaysia sekali lagi menyiarkan satu artikel kontroversi lain yang bertajuk "Alyah Mahu Gam Media?". Berikutan itu pihak pengurusan Alyah yang nyata tidak berpuas hati dengan cara penulisan artikel terbabit mengugut untuk memboikot media berkenaan.

Bagaimanapun, penyiaran artikel kontroversi terbaru ini cukup membuatkan penyanyi Alyah terpinga-pinga dan tidak senang duduk. Dia terkesima dan tidak menyangka perkara itu menjadi satu isu yang besar. Hatinya rusuh dan fikirannya ditimpa pelbagai persoalan. 

Untuk menjernihkan keadaan, Alyah yang kini sibuk dengan latihan nyanyian meminta pihak media yang menghubunginya agar menerbitkan satu mesej berupa teks darinya. Penyanyi ini berharap situasi itu tidak berlarutan dan menjadi bertambah keruh. Beliau juga bersedia untuk meminta maaf jika kesalahan itu dilihat datang daripada pihaknya.

"Saya tidak tahu apakah perbincangan antara Syuib, pengurus saya dan wartawan tersebut. Saya cuma rasa kecewa kenapa cara penulisannya seolah-olah seperti dia memang bercakap dengan saya. Kalau daripada pihak saya yang bersalah, saya mohon maaf." - Dipetik dari Kosmo


Selain mesej berupa teks itu, Alyah turut membuat kenyataan permohonan maaf beliau menerusi WhatApps. Dia mengaku dan menyedari hakikat kehidupan bahawa dirinya tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak. Berikut ialah bunyi tulisan Alyah yang diterbitkan dalam WhatApps miliknya.

"Daripada tajuk berita yang telah keluar yang menyatakan Alyah gam media, itu membuatkan hati wartawan lain terguris. Saya rasa kecewa sebab itu bukan keluar daripada mulut saya. Saya tidak kisah untuk meminta maaf. Cuma sampai sekarang saya masih terpinga-pinga kerana saya tidak pernah berkata begitu (gam media)."

"Saya dan Syuib masih okey dan memang terbuka tentang kerja. Saya tidak rasa semua ini adalah penamat kerjaya saya. Hubungan Alyah dan Syuib sebagai pengurus juga masih okey. 
Hidup memang begini, saya tidak boleh buat semua orang suka saya. Apa pun saya reda. Dan jika salah dan silap daripada pihak saya, saya mohon maaf."


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Powered by Blogger.

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -