Posted by : admin Wednesday, August 28, 2013

Ini sangat mengecewakan. Abang Nara memahami betapa sedih dan marahnya Syamsul Yusof. Mana tidaknya, filem KL Gangster 2 yang dibuat dengan kos RM4.5 juta tersebar di Internet untuk muat turun sebelum waktu tayangan. Agak pelik juga bagaimana perkara ini boleh terjadi.
kl gangster 2 download
Info yang Abang Nara terima daripada rakan Amanz.my semalam ini ternyata membuatkan Syamsul Yusof mengamuk. Daripada maklumbalas di Twitter, memang filem yang dimuat turut adalah filem KL Gangster 2, bukannya tipu. Ini bermakna ada �leak� yang telah terjadi di kalangan orang-orang yang terlibat dengan filem ini. Hanya diorang sahaja yang ada akses kepada filem KL Gangster 2 buat masa sekarang.
kl gangster 2 download
Diharap Syamsul Yusof dan mereka yang terbabit akan segera mengambil tindakan. Takut-takut kerana �leak� ini, kutipan filem KL Gangster 2 tidak akan sehebat yang dijangkakan. Kena cepat sebelum ia tersebar lebih teruk. Cegah sebelum parah. Semoga jalan penyelesaian dapat dicari.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -