Posted by : admin Tuesday, September 3, 2013


kemalangan wira Tiga Pelajar IPTS Maut Dalam Kemalangan Di Lebuh Raya Bukit Jalil
* gambar diatas adalah gambar hiasan

Tiga Pelajar IPTS Maut Dalam Kemalangan Di Lebuh Raya Bukit Jalil | Tiga pelajar institut pengajian tinggi swasta di Bandar Sunway maut manakala seorang pensyarah cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Bukit Jalil menghala ke Puchong di sini, hari Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, kereta Proton Wira yang dipandu pensyarah berkenaan dipercayai terbabas lalu merempuh dua batang pokok di pembahagi jalan lebuh raya itu sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta Toyota Estima.
�Pihak bomba menerima maklumat kejadian itu pada 6.48 petang dan tiba ke lokasi bersama dua jentera membabitkan 11 anggota kira-kira 10 minit kemudian.
�Kami dapat mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu selepas menggunakan alat khas untuk memotong rangka kereta. Usaha mengeluarkan kesemua mangsa tamat kira-kira 8.30 malam,� katanya kepada Bernama malam ini.
Azizan berkata siasatan awal pihaknya mendapati kereta yang dinaiki empat mangsa berkenaan dipercayai dari arah Bulatan Lumba Kuda menuju ke ke kolej mereka di Bandar Sunway, selepas pulang dari litar Speed City di Seri Kembangan.
Beliau berkata tiga pelajar jurusan automotif itu dikenali sebagai Mohd Nasharuddin, 20; Hafizuddin Nazri, 18; Zul Zyrean Zaharudin, 18; manakala pensyarah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini dikenali sebagai Hairiee Mohamad Ali, yang berusia lingkungan 20-an.
Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. � BERNAMA

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -