Posted by : admin Tuesday, September 3, 2013

Bobo
Masih lagi heboh dengan harga kenaikan minyak sehingga menyebabkan kesesakan di hampir semua stesen minyak di seluruh Malaysia, malam semalam.
Bagi meredakan rasa marah anda semua itu, penulis kongsikan video terbaru daripada Bobo yang mungkin dapat menceriakan kembali hari anda.

Kali ini Bobo memilih lagu hindustan popular menerusi filem Maan lakonan Aamir Khan dan Manisha Koirala untuk dijadikan subjek parodinya.
Sebelum ini, namanya menjadi siulan selepas video parodi Sayang nyanyian Shae mendapat perhatian umum sekali gus menjadikan jejaka kelahiran Melaka ini mengecap populariti segera.
Walaupun ramai yang mencemuh dengan video-video yang dihasilkannya, namun rezeki tetap berpihak kepadanya apabila Mejar David Teo kemudiannya mengambilnya menjadi artis residen di bawah syarikatnya, Metrowealth.

Oleh: AUDREY LEE

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -