tag:blogger.com,1999:blog-22785401618860539032024-02-19T02:31:54.847-08:00Berita Hangat dan Sensasi TerbaruGosip Terbaru Artis Malaysiaadminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.comBlogger3711125tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-49225003452664303662021-06-20T17:27:00.000-07:002021-06-20T19:20:16.649-07:00 Kerajaan pertimbang rentas negeri individu lengkap dos vaksin Covid-19

Oleh Wartawan UtusanTV

Rentas negeri merupakan antara beberapa kelonggaran yang sedang diperhalusi kerajaan terhadap mereka yang sudah melengkapkan dos vaksin Covid-19. GAMBAR: Abd Razak Aid

KEBENARAN merentas negeri merupakan antara beberapa kelonggaran yang sedang diperhalusi kerajaan terhadap mereka yang sudah melengkapkan dos vaksin Covid-19.

Khairy Jamaluddin

Menteri Penyelarasan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan itu akan dikemukakan jawatankuasa kumpulan kerja teknikal yang dianggotai oleh kumpulan pakar kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dimuktamadkan.

Menurutnya, cadangan itu akan turut meneliti data-data diguna pakai negara-negara yang pada masa ini memberi beberapa kelonggaran kepada rakyat mereka.

�Jawatankuasa yang terdiri daripada pakar-pakar kesihatan dan sains akan memperhalusi kumpulan kerja teknikal sebelum dikemukakan kepada MKN untuk diumumkan. Ini termasuk kelonggaran untuk rentas negeri,� katanya di sini hari ini.

Khairy dalam pada itu berkata, prestasi Malaysia bagi peratusan penduduk yang menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Covid-19 adalah masih kompetitif.

Beliau menjelaskan, jika dibandingkan dengan negara-negara jiran dan maju seperti Jepun, Malaysia tidak jauh ketinggalan.

Ujarnya, ini di sebalik tindakan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Kanada membolot pembelian vaksin Covid-19.

�Apabila perbandingan dibuat dengan negara Jepun yang jauh lebih maju, mereka masih lagi ketinggalan berbanding AS, UK dan Kanada. Kenapa? UK beli vaksin lima kali ganda penduduk mereka, Kanada juga sama.

�Selain itu, syarikat-syarikat pengeluar vaksin juga adalah dari UK dan AS, mereka mendapat akses yang mudah. Sekarang barulah mereka menawarkan bantuan melalui sumbangan.

�Kita juga akan terima sumbangan dari AS, Jepun dan China dalam masa terdekat,� tambahnya.
adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-42800010965836256012021-06-20T17:25:00.000-07:002021-06-20T19:20:16.730-07:00 Suntikan vaksin pun nak tipu, dua orang ditahan

Oleh Wartawan UtusanTV

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir untuk mendapatkan suntikan dos pertama Vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC), Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

KETERUJAAN orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 ternyata �memberi idea� kepada individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Ia terbukti apabila polis menahan dua warga tempatan disyaki terlibat dalam penawaran serta penjualan pakej vaksin Covid-19 secara dalam talian, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata hasil risikan, polis menahan suspek lelaki dan wanita berumur 26 dan 27 tahun selepas satu laporan polis dibuat seorang pegawai perubatan berhubung kegiatan itu pada Isnin lalu.

Beliau berkata kedua-dua suspek didapati menawarkan pakej vaksin Covid-19 yang dijual pada harga RM450 bagi warga tempatan sementara RM800 bagi warga asing.

�Berdasarkan siasatan awal polis mendapati kegiatan itu dibuat melalui laman sosial Facebook serta panggilan telefon sementara pelanggan yang berminat diberitahu akan didaftar ke dalam Program Vaksinasi Covid-19 Negeri Selangor (SCVP) melalui aplikasi SELangkah.

�Pembeli yang berminat untuk mendaftar didakwa akan diletakkan dalam senarai menunggu dan pembayaran hanya perlu dibuat setelah nama mereka tersenarai sebagai seorang daripada penerima vaksin melalui aplikasi terbabit,� katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Kamarudin berkata semakan lanjut mendapati sehingga kini pendaftaran program SCVP itu hanya dihadkan kepada syarikat sahaja dan masih belum dibuka kepada individu persendirian,� katanya.

Hasil siasatan polis, mereka (suspek) mendakwa sehingga kini kira-kira 30 individu telah dihubungi berkenaan pakej vaksin itu dengan 10 peratus daripadanya menyatakan minat untuk membeli pakej ditawarkan pihaknya.

Mohd Kamaruddin meminta orang ramai untuk sentiasa cakna dengan inisiatif vaksinasi dilaksana kerajaan bagi mengelakkan daripada dimanipulasi sindiket penipuan dalam mengaut keuntungan mudah.

�Orang ramai juga dinasihati untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan penipuan penjualan vaksin COVID-19 kepada pihak polis,� katanya.
adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-26549190701649829452021-06-20T17:21:00.000-07:002021-06-20T19:20:16.746-07:00 Tiada kesan sampingan penggunaan vaksin Pfizer di Malaysia � KKM

Oleh Mohd Ridzwan Md. Iman

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada kesan sampingan berkaitan risiko miokarditis (radang otot jantung) dan perikarditis (lapisan luar jantung) yang dikaitkan dengan penggunaan vaksin COVID-19 jenis mRNA di negara ini.

Pada masa ini, hanya satu jenis vaksin mRNA diluluskan penggunaannya di Malaysia iaitu vaksi Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech dan KKM merumuskan profil keselamatan vaksin itu kekal positif dan penggunaannya dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak terjejas.

KKM hari ini mengeluarkan kenyataan berikut merujuk kepada laporan oleh beberapa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura baru-baru ini, berkenaan risiko miokarditis dan perikarditis yang dikaitkan dengan vaksin jenis mRNA.

Ketua Pengarah Kesihatam Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menjalankan penilaian risiko ke atas isu keselamatan berkenaan isu tersebut berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada badan-badan regulatori dan rujukan antarabangsa.

�Manfaat semasa bagi pemberian vaksin ini adalah jauh melebihi risikonya,� katanya dalam kenyataan tersebut.

BERITA BERKAITAN 1.33 juta vaksin Pfizer akan diagihkan sehingga Julai

Miokarditis merupakan radang pada otot jantung sementara perikarditis pula merujuk kepada radang pada lapisan luar jantung. Simptom atau gejala yang dikaitkan dengan miokarditis atau pericarditis termasuklah sakit dada, perubahan pada kadar degupan jantung serta kesukaran untuk bernafas.

Dr. Noor Hisham berkata, sehingga 13 Jun 2021, sejumlah 2,793,826 vaksin Comirnaty dari Pfizer telah diberikan kepada penduduk Malaysia, yang melibatkan sebanyak 1,676,959 dos pertama dan 1,116,867 dos kedua.

�Sehingga kini, tiada laporan kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) spesifik untuk miokarditis/perikarditis yang diterima oleh NPRA/KKM,� katanya.

KKM juga mendapati sehingga kini, tiada tindakan regulatori yang telah diambil oleh badan-badan rujukan antarabangsa lain seperti European Medicines Agency (EMA) dan World Health Organization (WHO) ke atas produk vaksin COVID-19 jenis mRNA.

Kenyataan itu berkata, penilaian masih dijalankan bagi menentukan hubungkait isu ini dengan vaksin COVID-19 jenis mRNA.

KKM akan sentiasa menjalankan pemantauan berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin sentiasa terjamin.
adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-10700010755659134242021-06-20T17:18:00.000-07:002021-06-20T19:20:16.763-07:00 Pemberian vaksin meningkat 5.675 juta dos

Oleh Herman Hamid

DR ADHAM BABA/ Gambar Fb Dr Adham

SEBANYAK 5.675 juta dos vaksin COVID-19 sudah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, 4.08 juta adalah melibatkan dos pertama.

Katanya, 1.58 juta lagi melibatkan pemberian dos kedua.

�Pada semalam sahaja, sebanyak 164,282 dos diberikan pada semalam, 19 Jun.

�Seramai 128,400 menerima vaksin untuk suntikan pertama manakala 35,882 lagi menerima suntikan kedua,� katanya menerusi twitter beliau hari ini.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan beliau, Kuala Lumpur mencatatkan penerima dos pertama vaksin tertinggi dengan 697,411 orang.

Ini diikuti Selangor 626,510, Sarawak (570,994) dan Johor (369,859).

Sementara itu, bagi dos kedua, Selangor melaporkan angka tertinggi dengan 207,077 diikuti Sarawak (181,690), Johor (161,082) dan Sabah (131,966).

Daftar di aplikasi MySejahtera, http://vaksincovid.gov.my atau telefon 1800888828
adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-42792397383675208392021-06-20T17:14:00.000-07:002021-06-20T19:20:16.783-07:00Bekalan vaksin tiba seperti dijadualkan � PM
Oleh UtusanTV

Muhyiddin Yassin bertanya khabar kepada orang ramai yang menunggu giliran untuk divaksin di PPV KLCC Kuala Lumpur hari ini./ Gambar FB KLCC

SASARAN negara untuk mencapai tahap imuniti kelompok seperti diunjurkan Pelan Pemulihan Negara diyakini dapat disempurnakan susulan penambahan bekalan vaksin COVID-19 oleh pembekal utama negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ke arah inisiatif ini, kerajaan akan berusaha lebih bersungguh-sungguh bagi memastikan bekalan berkenaan tiba ke negara ini mengikut jadual.

�Saya sedar di luar sana ramai yang bertanya, kenapa tak buat itu, kenapa tak buat banyak-banyak lagi. Khairy Jamaluddin (Menteri Penyelaras) sudah maklumkan berkali-kali memang kita boleh buat kalau banyak vaksin (tapi) kemudian kita terhad dan terbatas.

�Bukan kerana kita tak nak atau kerajaan sekat, tidak, kita kalau boleh nak habiskan semua dalam sebulan dua ni.

�Tetapi kita tak boleh kawal yang itu (bekalan vaksin) kerana pembekalnya datang daripada luar negara, jadi terpaksalah kita tunggu giliran kita, tapi dah terjamin bekalan itu akan tiba dalam satu masa yang telah dijadualkan,� katanya seperti dilapor Bernama.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Perdana Menteri berkata, apa yang penting ialah proses pendaftaran vaksinasi perlu dipertingkatkan.

�Sekarang ini dah diberikan banyak kemudahan, boleh daftar secara MySejahtera, �online� atau secara fizikal, atau kalau dah ada di tempat mereka itu PPV mikro yang dibuat sampai di kampung, masjid, surau, mereka boleh turun sahaja ke situ, bawa IC (kad pengenalan diri) dan akan didaftarkan dan nama yang dah dapat itu akan dimasukan ke dalam sistem MySejahtera,� katanya.

Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan, yang membantu melancarkan proses vaksinasi di PPV.

Muhyiddin Yassin bersama Khairy Jamaluddin meninjau proses

pemberian vaksin di PPV KLCC Kuala Lumpur hari ini./

Gambar FB KLCC

�Saya lihat tadi bersemangat, pagi-pagi datang sampai lewat petang dan malam, bekerja. Jumlah yang kita perlukan masih ramai, jadi kalau boleh mereka tampil ke depan menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan, dan boleh mempermudah dan mempercepatkan proses vaksinasi kita,� katanya.
adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-41980509712409781132021-06-20T17:04:00.000-07:002021-06-20T19:20:16.816-07:00 Ambil risiko tangkap ikan untuk sara keluargaOleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

MAHADI Mukti sedang memeriksa keadaan jalanya di jeti nelayan Sungai Yu, Kuala Selangor, Selangor baru-baru ini. - UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KUALA SELANGOR: Demi memastikan ada makanan di atas meja rumahnya, seorang nelayan, Mahadi Mukti, 53, sanggup mengambil risiko turun ke laut bagi mencari rezeki.

Sudah empat tahun dalam bidang itu, Mahadi berkata, dia sentiasa berdebar-debar setiap kali ke laut kerana bimbang ditahan pihak berkuasa kerana tidak mempunyai lesen menangkap ikan.

�Saya sudah membuat permohonan dengan Jabatan Perikanan Selangor beberapa tahun lalu, namun sehingga kini lesen itu belum diperoleh.

�Begitupun, risiko perlu diambil kerana empat anak sedang belajar di universiti dengan masing-masing memerlukan duit belanja,� katanya ketika ditemui di jeti nelayan Sungai Yu, di sini baru-baru ini.

Selain perbelanjaan anak-anak, dia juga perlu membayar duit pinjaman pembelian bot kepada sebuah agensi kerajaan negeri, dengan bot yang dibelinya bernilai RM7,500.

Sementara itu Mahadi berkata, musim hujan serta angin bergelora yang berlaku ketika ini menyukarkannya menangkap ikan.

�Kadang-kadang, saya pulang dengan tangan kosong meskipun berada lebih lapan jam di laut.

�Kalau hari itu tidak dapat hasil di laut, saya akan sungai berdekatan jeti ini pula untuk menangkap udang,� katanya dengan nada sebak.

Menurutnya, secara purata dia memperoleh pendapatan bersih bulanan sebanyak RM1,500 dan duit tersebut digunakan sebaik mungkin.

Justeru dia berharap kerajaan dapat membenarkan nelayan yang tidak mempunyai lesen untuk dibenarkan turun ke laut bagi menangkap ikan.

�Pendapatan kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Harap kerajaan boleh pertimbangkan rayuan saya ini,� katanya. UTUSAN

adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-5693515484051167512021-06-20T16:54:00.000-07:002021-06-20T19:20:16.835-07:00 Penunggang p-hailing dikompaun kerana melepakOleh NURAINA HANIS ABD. HALIM

KENYATAAN seorang pemilik akaun Twitter mendakwa adiknya dikompaun selepas baru pulang dari kerja ketika berada di lokasi tersebut sehingga tular dalam media sosial.

PETALING JAYA: Kompaun dikenakan polis terhadap pekerja syarikat penghantaran atas kesalahan melepak bersama seorang lagi remaja lelaki di atas motosikal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wangsa Maju di sini.

Ini sekali gus menafikan kenyataan seorang pemilik akaun Twitter mendakwa adiknya dikompaun selepas baru pulang dari kerja ketika berada di lokasi tersebut sehingga tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, hasil semakan mendapati kejadian berlaku pada 8.30 malam semasa Team Pematuhan Op Covid-19 yang terdiri daripada pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membuat pemantauan di sebuah PPR.

Katanya, dua remaja itu didapati sedang melepak di atas motosikal tanpa menghiraukan kehadiran team terbabit yang sedang membuat pemantauan di kawasan itu.

�Sewaktu disoal oleh pegawai Team Pematuhan, mereka memberikan alasan hanya duduk dan makan roti di parkir itu.

�Team Pematuhan kemudian mengeluarkan saman kompaun mengikut Peraturan 17, Akta 342 di atas kesalahan lain-lain aktiviti yang tidak dibenarkan iaitu (berkumpul),� katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari turut menasihatkan orang ramai untuk bekerjasama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya penularan rantaian Covid-19 dapat diputuskan secepat yang mungkin.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang dengan sengaja melanggar SOP dan tidak menjaga penjarakan sosial boleh menyebabkan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan masyarakat sukar dibendung.

�Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi Hotline Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,� katanya.- UTUSAN ONLINE

adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-72499036620635904272021-06-20T16:50:00.000-07:002021-06-20T19:20:16.853-07:0011 individu dalam video tular arak mayat ditahan
Oleh MOHD SYALMIZI HAMID

11 individu terlibat dalam video tular perarakan mayat ditahan di sekitar Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI � Serama 11 individu yang disyaki melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan penuh dalam perarakan mengiringi mayat di Jalan Tiram, Butterworth di sini ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya mewujudkan Pasukan khas Task Force bagi mengesan suspek selepas video kejadian berkenaan tular di media sosial hari ini.

�Pada waktu di antara pukul 6 petang sehingga 10 malam tadi, seramai 11 suspek berumur di antara 15 hingga 35 tahun ditangkap di sekitar Butterworth dan Mak Mandin.

11 individu terlibat dalam video tular perarakan mayat ditahan

di sekitar Butterworth hari ini.

�Siasatan polis mendapati mereka berada di lokasi kejadian dan berada di dalam rakaman video berdurasi 56 saat yang tular itu,� katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Noorzainy, hasil soal siasat, kesemua suspek mengaku terlibat dalam perarakan kematian tersebut bagi meraikan kematian rakan mereka berusia 23 tahun.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1969, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Perkara 9 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kosmo! Online hari ini melaporkan polis memburu beberapa individu selepas rakaman video kejadian berkenaan tular di aplikasi TikTok dan Facebook hari ini.

Rakaman itu memaparkan sekumpulan lelaki sedang berarak serta sebahagiannya dilihat menari, membawa sepanduk dan bermain gendang ketika mengiringi mayat. � K! ONLINE

adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-57469112116096652442021-06-20T16:33:00.000-07:002021-06-20T19:20:16.872-07:00 Peniaga berdepan karenah birokrasi bank untuk mohon moratorium � DPMS

Wartawan MalaysiaGazette<time class="entry-date updated td-module-date" datetime="2021-06-20T21:08:02+00:00"></time>

Bashir Ahmad Kassim

KUALA LUMPUR � Dewan Perniagaan Muslim Sabah (DPMS) merayu kerajaan melaksanakan segera moratorium secara automatik selama enam bulan kepada peniaga-peniaga perusahaan mikro.

Pengerusinya, Bashir Ahmad Kassim membuat rayuan itu kerana mendakwa institusi perbankan mengenakan beberapa syarat bagi membolehkan peniaga mikro mendapat moratorium.

Katanya, pihak bank mengenakan syarat wajib menunjukkan bukti peminjam hilang pendapatan semasa membuat permohonan moratorium tiga bulan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Namun, peniaga tiada mempunyai sebarang bukti yang boleh membuktikan mereka hilang pendapatan melainkan penyata bank dan rekod rekod dalaman perniagaan yang didakwa tidak diterima oleh pihak bank.

Menurutnya, kebanyakan peniaga kecil ini tidak ada slip gaji, penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau surat dibuang kerja.

Ada pula peminjam yang dapat moratorium wajib bayar faedah setiap bulan, sedangkan ketika ini sebarang bayaran adalah beban kepada mereka.

�DPMS dimaklumkan ramai peniaga sudah tertekan dengan keadaan yang ada, ditambah dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri memaklumkan situasi Perintah Kawalan Pergerakan sekarang akan berlarutan beberapa bulan akan datang.

�Saya juga merayu kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan segera moratorium secara automatik kepada semua peminjam,� tambahnya.

DPMS juga meminta kerajaan menyediakan peruntukan khas di bawah TEKUN Nasional (TEKUN) untuk membantu ahli-ahli yang terjejas untuk mendapatkan pinjaman modal pusingan tanpa faedah atau tawaran faedah yang rendah.

Ini penting untuk memastikan semua peniaga mempunyai tunai apabila perniagaan beroperasi semula.

Peniaga-peniaga pastinya perlu membayar kos-kos tertentu seperti sewa, bil utiliti, gaji dan bayaran lain sebagai kos operasi.

Bashir berkata, kerajaan perlu membantu menyelamatkan para peniaga kerana ianya membawa kesan langsung kepada ekonomi negara.

�Banyak rakyat akan kehilangan pekerjaan dan ramai peniaga terpaksa menutup perniagaan dan menjadi penghutang tegar.

�Jadi moratorium secara menyeluruh bukan sahaja akan menyelamatkan para peniaga dan rakyat dalam situasi yang ada hari ini, tetapi lebihan duit ditangan rakyat boleh digunakan untuk mengembalikan kitaran wang dalam pasaran perniagaan dan seterusnya menjana semula ekonomi negara,� tambahnya. � MalaysiaGazette
adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-67416772935401159802021-06-20T16:29:00.000-07:002021-06-20T19:20:16.889-07:00 Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin UMNO berlepas ke PalestinManzaidi Mohd Amin

<time class="entry-date updated td-module-date" datetime="2021-06-20T21:18:38+00:00"></time>

Abdul Azeez (tengah) dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengaminkan doa bagi keselamatan Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin UMNO ke Palestin.

KUALA LUMPUR � Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin UMNO telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam.

Mereka dalam misi membawa sumbangan untuk rakyat Palestin dan keperluan hospital di sana.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, misi itu diketuai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Katanya, mereka akan bekerjasama erat dengan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Palestin dalam misi itu.

�Rombongan UMNO ini akan turut membantu memperbaiki kerosakan Masjid Al-Aqsa.

�UMNO sebelum ini melancarkan tabung untuk misi Bantuan Kemanusiaan Palestin iaitu Tabung Muafakat Palestin,� katanya dalam kenyataan ringkas menerusi Facebooknya, malam ini.

Menurut Ahmad Zahid, seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali kepada pasukan UMNO ke Palestin.

�Bersama kita doakan semoga sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T dalam menjalankan misi kemanusiaan di sana.

�Semoga misi Biro Kebajikan UMNO mendapat ganjaran pahala oleh Yang Maha Esa,� katanya. � MalaysiaGazette
adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-76147812252009938182021-06-20T16:25:00.000-07:002021-06-20T19:20:16.906-07:00Lelaki jatuh ketika selenggara penghawa dingin di IPD

Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI

Mangsa dipercayai terjatuh ketika sedang menyelenggara penghawa dingin di tingkat 10, bangunan IPD Dang Wangi tadi.

KUALA LUMPUR � Seorang pekerja penyelengaraan terjatuh ketika melakukan kerja-kerja menyelenggara penghawa dingin di tingkat 10, bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Difahamkan, lelaki tempatan berusia 31 tahun itu terselamat dalam kejadian sekitar pukul 6 petang itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian itu disedari anggota yang bertugas di kaunter pertanyaan Balai Polis Dang Wangi sejurus terdengar bunyi dentuman kuat dari arah luar lobi bangunan itu.

�Mereka segera ke lokasi untuk memeriksa dan terkejut mendapati seorang individu terbaring di atas lantai di luar lobi dengan tubuh badannya cedera.

�Mereka segera menghubungi ambulans untuk menghantar individu tersebut ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi tujuan rawatan,� ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, semakan mendapati mangsa dipercayai terjatuh ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan penghawa dingin di tingkat 10, bangunan IPD.

�Justeru itu, kita mohon orang ramai agar tidak menularkan sebarang gambar atau video berkaitan kejadian ini yang boleh mendatangkan kegusaran awam,� katanya. � K! ONLINE

adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-14133892863985589042021-06-20T05:45:00.000-07:002021-06-20T19:20:16.922-07:00 Vaksin bagai �kubu� pelindung dalam tubuh, kata bekas pesakit Covid-19Bernama

Pengakuan tersebut dilontarkan dua bekas pesakit wabak itu setelah mereka terselamat daripada mengalami sebarang simptom berikutan menerima suntikan vaksin.

Warga emas Rinumbizal Masadai, 63, membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menerima suntikan vaksin Covid-19 di Dewan Terbuka Kampung Bongkol yang terletak kira-kira 23

Vaksin bagaikan �kubu� dan pelindung yang kukuh di dalam tubuh badan meskipun diserang Covid -19.

Pengakuan tersebut dilontarkan dua bekas pesakit wabak itu setelah mereka terselamat daripada mengalami sebarang simptom berikutan menerima suntikan vaksin.

Nur Fazlizai Ali, 34, seorang pengamal media, dijangkiti hanya kira-kira tiga minggu selepas melengkapkan suntikan vaksin Sinovac, keluaran negara China.

�Saya menerima vaksin dos pertama pada 1 April manakala dos kedua pada 22 April lepas. Memang agak terkejut pada awalnya apabila disahkan positif pada 12 Mei dan dimaklumkan jangkitan itu melibatkan kenalan yang saya temui bagi urusan kerja.

�Berkali-kali saya tanya doktor untuk buat pengesahan namun akhirnya jawapan tetap sama dan saya terpaksa ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC),� katanya yang dihubungi Bernama di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Fazlizai berkata lebih menyayat hati, beliau menaiki van Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke PKRC di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Chendering, di Kuala Terengganu pada waktu malam dengan diiringi takbir Aidilfitri.

�Sangat sedih dan takut sebenarnya�memang tak tergambar perasaan ketika itu tetapi tetap berdoa agar vaksin yang saya terima sebelum ini mampu menghilangkan virus secepat mungkin.

�Apa yang saya bimbangkan ialah jangkitan terhadap orang lain�namun ia tetap berlaku kerana daripada 30 kontak rapat, dua daripadanya dijangkiti. Syukur�mereka tidak bergejala teruk,� katanya.

Ketika ditanya sama ada timbul keraguan dan penyesalan ekoran dijangkiti meskipun divaksin, wanita itu berkata: �Sudah tentu tidak kerana jika dibandingkan dengan keadaan pesakit lain yang belum menerima vaksin, saya sebenarnya adalah insan bertuah�.

Beliau berkata di PKRC tersebut, ramai pesakit yang mengalami batuk teruk, demam serta hilang deria bau tetapi keadaan beliau bagaikan tidak dijangkiti hingga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain termasuk menulis berita.

Senada dengan Fazlizai mengenai kepentingan vaksin, Zaid Salim, 50-an, yang dijangkiti selepas menerima suntikan pertama berkata beliau juga tidak mengalami sebarang simptom.

Zaid yang merupakan wartawan sambilan di sebuah syarikat akhbar, menerima suntikan tersebut pada 11 Mei lepas dan didapati positif Covid-19 tiga hari selepas itu serta dimasukkan ke PKRC UiTM Cawangan Chendering.

�Saya dikatakan dijangkiti ketika membuat liputan sepertimana Fazlizai dan tidak mengetahui bahawa ada dalam kalangan mereka yang hadir positif.

�Namun, suntikan vaksin yang diterima bukan sekadar menyebabkan saya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan malah daripada 40 kontak rapat, tiada seorang pun yang positif termasuk ahli keluarga yang pastinya sentiasa bersalaman setiap hari,� katanya yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech.

Beliau berkata berikutan disahkan positif Covid-19, suntikan dos kedua yang sepatutnya dilakukan pada 14 Jun terpaksa ditangguhkan dan beliau perlu menunggu selama enam bulan daripada tarikh keputusan didapati positif.

Menceritakan pengalaman mereka yang terpaksa berhari raya di PKRC, Fazlizai dan Zaid berkata ia hanya �masalah kecil� jika dibandingkan dengan kesukaran petugas di situ yang bukan sekadar berdepan dengan puluhan tetapi ratusan pesakit setiap hari.

Menurut mereka, individu yang terpilih untuk menerima vaksin tidak harus melepaskan peluang mendapatkan suntikan kerana ia bukan sahaja melindungi diri sendiri tetapi juga orang lain.

adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-59886088695214488142021-06-20T05:41:00.000-07:002021-06-20T19:20:16.942-07:00Kerajaan beri kelulusan khas tambah 18,000 guru mulai JulaiFarhira Farudin

Pengambilan guru secara besar-besaran dalam tempoh yang singkat dijalankan bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diselesaikan setelah ia berlarutan untuk tempoh yang lama.

Kerajaan memberi kelulusan khas untuk menambah seramai 18,702 pegawai perkhidmatan untuk menyelesaikan isu kekurangan guru menerusi kaedah pengambilan khas guru secara �one off�, kata Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.

Beliau berkata pengambilan guru secara besar-besaran dalam tempoh yang singkat ini dijalankan untuk memastikan isu kekurangan guru dapat diselesaikan setelah �berlarutan untuk tempoh yang lama�.

Katanya, antara negeri yang mempunyai jumlah kekosongan guru tertinggi adalah Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak dan pengambilan guru secara one-off ini akan bermula pada 7 Julai dan calon yang layak akan mendapat penempatan mulai Oktober.

�Dengan pengambilan ini kita dapat kurangkan beban guru khususnya guru-guru di sekolah di mana terdapat kekurangan guru waktu ini.

�Usaha ini juga dapat memberi ruang pekerjaan kepada anak-anak kita graduan universiti yang berminat mengajar di sekolah dan mempunyai kelayakan seperti mana yg ditetapkan,� katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, antara punca terdapat kekurangan guru yang tinggi kerana kekurangan bekalan calon Institut Pendidikan Guru (IPG) serta kelayakan guru yang tidak padan dengan mata pelajaran yang ditawarkan.

Menurutnya, isu ini akan diselesaikan menerusi kelulusan khas daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan persetujuan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (SPP) untuk mengisi jawatan guru di kementerian.

�Isu kekurangan guru tidak akan dapat diselesaikan kalau kita masih melihat menggunakan pendekatan lama.

�Kita cuba fahami punca di mana sebabnya, dari situ kita lihat bahawa SPP bersetuju mengadakan kolaborasi strategik bersama KPM dalam konteks pengambilan guru,� katanya.

Antara mata pelajaran sekolah rendah yang mempunyai kekurangan guru tertinggi adalah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Manakala, mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam dan Reka Bentuk Teknologi mempunyai kekosongan guru tertinggi di sekolah menengah.
adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-30896101470387865812021-06-20T05:34:00.000-07:002021-06-20T19:20:16.960-07:00DISYORKAN UNTUK ANDA:
MEDAN BERITA POLITIK DALAM KEMBAR BLOG  ' AR RISALAH '
adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-39943871512969648472021-06-20T05:32:00.000-07:002021-06-20T19:20:16.976-07:00 Jawatankuasa libatkan wakil kerajaan, pembangkang dibentuk teliti sidang Parlimen, kata PMBernama

Keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: Bernama

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang dibentuk untuk meneliti aspek-aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.

Beliau memberikan komitmen bahawa keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan.

�Saya minta jawatankuasa yang dianggotai wakil-wakil kerajaan dan pembangkang untuk nilai perkara berkenaan, dan selepas itu barulah mereka maklumkan kepada saya sama ada sudah bersedia atau tidak untuk memulakan sidang Parlimen.

�Sama ada persidangan akan dibuat secara hibrid atau fizikal, ini akan dirujuk kepada peraturan tetap yang ada sekarang,� katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya kerajaan perlu memperhalusi semua perkara bagi mengelak timbul masalah selepas pelaksanaannya.

�Saya harus teliti. Saya faham sangat-sangat dan saya dinasihatkan bukan sahaja oleh menteri undang-undang, tetapi oleh peguam negara supaya tindakan saya dan kerajaan selari dengan apa yang ada dalam perlembagaan,� katanya.

Jelasnya kerajaan antara lain perlu mengambil kira sama ada persidangan boleh diadakan secara fizikal, dan sama ada pelaksanaan secara hibrid selari adalah dengan peruntukan di dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat.

Selain itu, jelasnya wujud juga keperluan untuk mengambil kira soal persiapan Parlimen bagi urusan persidangan secara fizikal itu sendiri, termasuklah aturan tempat duduk ahli Parlimen yang perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Muhyiddin berkata bukan niatnya untuk melengahkan pembukaan persidangan Parlimen, namun ini antara isu yang harus diperhalusi terlebih dahulu.

Katanya beliau berharap rakyat faham, dan menurutnya ia bukan soal kerajaan mahu menafikan hak ahli Parlimen atau menyanggah kenyataan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu.

�Saya faham tanggungjawab sebagai perdana menteri besar tetapi saya kena berlaku adil supaya nanti tidak timbul isu-isu dan masalah kemudian�Ini satu perkara yang harapnya rakyat faham dan tunggu,� katanya.

adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-40981295463646554772021-06-20T05:19:00.000-07:002021-06-20T19:20:16.993-07:00 Tiada pelan pemulihan dijamin 100 peratus sempurna

Oleh Alzahrin Alias dan Ahmad Suhael Adnan

Objektif Pelan Pemulihan Negara (PPN)

KUALA LUMPUR: Tiada pelan pemulihan yang dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di dunia dapat menjamin 100 peratus kepastian dan kesempurnaan, termasuk di Malaysia.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pelan pemulihan negara lain seperti United Kingdom dan Singapura berhadapan dengan kesukaran, malah terpaksa ditunda akibat penularan varian baharu COVID-19 yang lebih mengancam nyawa seperti varian Delta.

Beliau berkata, walaupun negara terbabit mengecapi kejayaan awal, mereka kini terpaksa mengharungi cabaran lain melalui kenaikan kes harian baharu.

Justeru, tegasnya, Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dilaksanakan adalah langkah dinamik yang dilaksanakan kerajaan untuk membendung impak ekonomi dan kesihatan disebabkan oleh pandemik COVID-19.

"Ini bagi membolehkan kerajaan bertindak dengan tangkas serta pantas bagi membolehkan negara kekal relevan berdasarkan situasi semasa," katanya pada sidang media khas bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, secara maya, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, negara lain turut menyemak semula pelan pemulihan mereka dan ada antaranya menangguhkan perancangan yang dilaksanakan.

"Pendekatan yang diambil setiap negara adalah dengan mengambil kira situasi terkini pandemik COVID-19. Tiada isu pelan pemulihan ini akan gagal atau sebaliknya, namun lebih kepada bagaimana cara kita menangani serta menyesuaikan diri setiap masa.

"Bagi Malaysia, jika indikator utama dalam PPN dapat dicapai lebih awal, ia akan membolehkan negara bergerak ke arah fasa yang seterusnya dengan pantas.

"Fokus utama adalah mencapai sasaran dengan lebih awal, justeru ia memerlukan komitmen bersama semua pihak. Ini membolehkan kita mencapai sasaran dengan tujuan yang sama," katanya.

Tengku Zafrul menambah, PPN yang dilaksanakan kerajaan adalah penting bagi membolehkan rakyat dan perniagaan membuat perancangan yang sewajarnya, dengan memperincikan hala tuju serta membuka jalan keluar daripada krisis COVID-19.

Beliau berkata, dengan kata lain, ia memberi sinar di hujung terowong kepada rakyat, perniagaan dan kerajaan berlandaskan indikator yang jelas serta mudah difahami.
"Semua pihak dapat bersama mendokong usaha ke arah peralihan dari satu fasa ke fasa yang seterusnya, sehingga negara beralih keluar daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanyaadminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-45753701355441418442021-06-20T05:14:00.000-07:002021-06-20T19:20:17.011-07:00Pelalian perlahan kerana bekalan dibolot

Oleh Ahmad Suhael Adnan

Negara maju membolot bekalan vaksin sehingga Malaysia lambat menerima tempahan. - Foto NSTP/FAIZ ANUAR

KUALA LUMPUR: Beberapa negara maju yang membolot vaksin menjadi punca peringkat awal pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bergerak perlahan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata tindakan negara maju itu menyebabkan bekalan vaksin kepada kebanyakan negara seluruh dunia, termasuk Malaysia terjejas, sekali gus mengehadkan jumlah pemberian vaksin yang boleh diagihkan setiap hari.

Daripada 73.1 juta dos vaksin ditempah yang cukup untuk 120 peratus populasi negara, katanya, Malaysia hanya menerima kira-kira 8.42 juta dos daripada tiga portfolio vaksin setakat 18 Jun lalu, berikutan bekalannya yang terhad di seluruh dunia.

"Jika dibandingkan jumlah penerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin berbanding keseluruhan penduduk, Malaysia tidak jauh ketinggalan berbanding Jepun. Malah kompetitif berbanding negara besar di Asia Tenggara.

"Namun, kita dapat saksikan jurang yang besar jika dibandingkan dengan negara maju lain yang membolot vaksin seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Kesatuan Eropah (EU), yang menunjukkan ketidakadilan pengagihan vaksin di seluruh dunia.

Petugas menyediakan suntikan vaksin COVID-19 keluaran

Pfizer di klinik Los Angeles. - Foto AFP

"Ini bukan alasan, tapi jelas menunjukkan kapasiti pemberian vaksin bukan masalah kita, tapi jadual penghantaran disebabkan ketidakadilan pengagihan vaksin.

"Rakyat perlu faham bahawa kerajaan sedaya upaya cuba mendapatkan vaksin secepat mungkin. Tetapi inilah realiti dalam pengagihan vaksin," katanya pada sidang media Pelan Pemulihan Negara secara hibrid di Putrajaya, hari ini.

Dalam sidang media itu, statistik menunjukkan kadar pemberian sekurang-kurangnya satu dos vaksin berbanding keseluruhan penduduk ialah 12.2 peratus setakat 18 Jun lalu, hanya ketinggalan kira-kira empat peratus berbanding Jepun, selain mendahului negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Bagaimanapun, ketidakadilan pengagihan vaksin dunia menyaksikan Kanada berada pada kadar 66.2 peratus, disusuli UK (62.5 peratus), AS (52.7 peratus) dan EU (46.6 peratus).

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Penyelaras program pelalian, berkata sebanyak 828,000 daripada 6.4 juta dos vaksin AstraZeneca menerusi fasiliti COVAX sudah diterima Malaysia setakat ini, selain empat juta daripada 44.8 juta dos vaksin Pfizer dan 3.6 juta daripada 12 juta dos vaksin Sinovac.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia kini dapat meningkatkan kapasiti pemberian vaksin harian apabila bakal menerima lonjakan bekalan vaksin bermula bulan depan.

"Kita berjaya mengawalkan jadual penghantaran, apabila semua 12 juta dos vaksin Sinovac akan selesai diterima pada akhir bulan depan. Sebanyak 25 juta dos vaksin Pfizer akan diterima pada suku ketiga tahun ini, iaitu antara Julai hingga September depan.

"Ini meletakkan negara dalam keadaan yang baik, sekali gus membolehkan Malaysia meningkatkan kapasiti pemberian vaksin harian pada suku ketiga tahun ini dan memastikan sasaran 80 peratus populasi divaksin, tercapai sebelum akhir tahun," katanya.

adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-35128663493319604202021-06-20T05:08:00.000-07:002021-06-20T19:20:17.027-07:00 Seorang mangsa perancah besi runtuh meninggal dunia

Nor Azizah Mokhtar -

Seorang pekerja warga Bangladesh meninggal dunia pagi selepas perancah besi projek Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) runtuh semalam.

PETALING JAYA: Seorang pekerja warga Bangladesh yang cedera dalam kejadian perancah besi runtuh di lokasi pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) semalam, meninggal dunia, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata mangsa berusia 43 tahun meninggal dunia pada jam 7 pagi tadi di Wad Kecemasan Hospital Sungai Buloh (HSB)

"Bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat trauma pelbagai dan kegagalan fungsi pelbagai organ akibat serangan jantung.

"Mangsa mengalami kecederaan serius dalam kejadian itu akibat dihempap perancah besi yang runtuh dan keadaannya dilaporkan kritikal ketika dirawat di HSB, semalam," katanya kepada BH, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 malam itu, dua pekerja warga Bangladesh cedera apabila perancah besi di tapak pembinaan DASH berhampiran susur keluar Kota Damansara, runtuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, semalam dipetik sebagai berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 7.14 malam.

Katanya, kedua-dua mangsa berusia dalam lingkungan 20-an dan 40-an sedang bekerja di bawah tapak pembinaan setinggi 12 meter ketika insiden itu berlaku.

Bagaimanapun tiada orang awam cedera dalam kejadian itu kerana laluan berkenaan ditutup sepenuhnya bagi menjalankan kerja berkenaan.

adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-10724229947754221252021-06-20T05:04:00.000-07:002021-06-20T19:20:17.042-07:0030 individu terpedaya skim pelaburan pinjaman patuh syariah
Zuhainy Zulkiffli

Sebahagian daripada 30 mangsa yang mendakwa terpedaya dengan skim pelaburan berkonsepkan pinjaman patuh syariah sebuah syarikat membuat laporan di Balai Polis Bayan Lepas, hari ini. NSTP/ Zuhainy Zulkiffli

BAYAN LEPAS: Kira-kira 30 individu `berputih mata' selepas terpedaya dengan janji manis skim pelaburan berkonsepkan pinjaman patuh syariah oleh sebuah syarikat swasta di sini.

Mangsa menyedari ditipu oleh pengurusan syarikat itu selepas pengasasnya gagal dihubungi dan dipercayai menghilangkan diri sejak setahun lalu.

Difahamkan, syarikat yang ditubuhkan pada 2017 bertujuan membantu individu yang mengadapi masalah kewangan, menjana semula pendapatan.

Konsep digunakan ialah dengan mengutip wang pinjaman orang ramai dan menjanjikan keuntungan bermula antara 10 peratus setiap bulan dalam bentuk hibah dan patuh syariah.

Mangsa, Razak Othman, 52, berkata dia menyertai skim berkenaan sejak tiga tahun lalu dengan melaburkan keseluruhan wang simpanan dan pinjaman sebanyak RM100,000.

Katanya, kebanyakan mangsa terpedaya selepas yakin melihat rakan mereka yang lain mendapat keuntungan menerusi pelaburan itu.

Malah, pengasas syarikat berkenaan mendakwa terbabit dengan pelbagai program amal dan membuat perjumpaan di hotel terkemuka menyebabkan mangsa yakin dengan skim berkenaan.

"Pada tahun pertama dan kedua, saya menerima pulangan keuntungan pelaburan itu antara RM1,000 hingga RM2,500 setiap bulan.

"Sehinggalah pada Mac tahun lalu, pengasas syarikat itu memaklumkan bahawa bayaran tidak dapat dijelaskan kerana beberapa kekangan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini sudah setahun berlalu menyebabkan kami berasa tertipu," katanya kepada media selepas membuat laporan di Balai Polis Bayan Lepas, di sini, semalam.

Razak berkata, wang pelaburan membabitkan kesemua mangsa dianggarkan berjumlah RM500 juta.

Mangsa turut melakukan carian dan semakan mengenai syarikat itu dan mendapati akaun berbilion ringgit yang didakwa milik pengasasnya adalah palsu.

Sementara itu, pesara syarikat swasta yang mahu dikenali sebagai Mahani, 53, berkata dia menyertai skim berkenaan pada 2019 selepas dua kali menghadiri perjumpaan di sebuah hotel di sini, yang ketika itu disertai seramai 3,000 ahli.

Dia melaburkan sebanyak RM19,200 wang simpanan pencen ilat dan mendapat pulangan keuntungan antara RM800 hingga RM2,300 sebulan selama setahun.

"Saya pernah menghubungi pengasasnya beberapa bulan lalu tetapi talian dimatikan.

"Ada mangsa yang melabur lebih RM2 juta kerana terpedaya dengan skim ini, malah abang saya juga hampir menjual bas miliknya bagi menyertai pelaburan itu," katanya ketika ditemui.

Seorang lagi mangsa, mahu dikenali sebagai Muhammad, 43, dari Bayan Baru, berkata pengasasnya memberi alasan bahawa wang syarikat itu diseleweng oleh kakitangan pengurusannya.

"Jika benar, mengapa dia tidak buat laporan polis malah difahamkan dia masih aktif dan berselindung di sebalik kerja amal di sekitar negeri ini.

"Laporan polis juga sudah dibuat beberapa kali sebelum ini supaya siasatan dapat dijalankan dan berharap mangsa yang lain tampil bagi membuat laporan di balai polis berhampiran," katanya.

adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-35724182709798483712021-06-20T04:23:00.000-07:002021-06-20T19:20:17.060-07:00 Parlimen perlu patuhi peraturan sebelum dibuka: Pakar Perlembagaan
AGENDA DAILY

Pakar Perlembagaan Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz.

Parlimen perlu melalui beberapa proses pentadbiran termasuk menyusun perjalanan mesyuarat dan hal-hal berkaitan dengannya, kata pakar Perlembagaan Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz.

Walaupun bersetuju bahawa Dewan Rakyat boleh bersidang ketika darurat, beliau berkata Parlimen juga boleh ditangguhkan kerana tiada peruntukan yang jelas berhubung perkara itu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata Peraturan 11 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat memperuntukkan tiga perkara utama iaitu penentuan tempat, hari dan waktu; penetapan tarikh oleh ketua atau timbakan ketua majlis sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan sesuatu penggal dan perubahan tarikh mesyuarat.

�Walaupun undang-undang atau Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan tentang perkenan Yang di-Pertuan Agong, beberapa proses pentadbiran akan dilalui bagi menyusun perjalanan mesyuarat dan hal berkaitannya.

�Sekiranya diperhatikan dalam amalan ketika keadaan biasa, iaitu keadaan tanpa darurat, amalan menentukan tarikh mula-mula mesyuarat, atau hari pertama mesyuarat serta hari-hari lain, pihak pentadbiran Parlimen, bersama dengan Menteri bertanggungjawab bagi Parlimen menentukan tarikh mesyuarat.

�Setelah itu, tarikh tersebut dibawa untuk perbincangan dan dipersetujui oleh Kabinet dan kemudiannya perkenan Yang di-Pertuan Agong akan diperolehi,� katanya hari ini.

Dr Shamrahayu berkata penentuan tarikh persidangan Parlimen juga melalui proses pentadbiran dan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk keperluan teknikal dan kakitangan bertugas dari Parlimen atau kakitangan kementerian.

Mengenai titah Yang di-Pertuan Agong berkaitan �segera� atau �secepat mungkin� beliau berkata persoalan utama ialah berhubung tarikh mesyuarat pertama, walaupun mungkin juga berkaitan tarikh-tarikh mesyuarat yang lain.

�Saya melihat kepada perspektif tafsiran frasa yang lebih kurang sama dalam Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan. Perkara Perkara 5(3) menggunakan frasa �seberapa segera� atau dalam Bahasa Inggeris �as soon as may be�.

�Frasa ini pernah ditafsirkan oleh mahkamah. Antara lain, terdapat keputusan kes yang menyatakan tafsiran kepada frasa �as soon as may be� tersebut sebagai:

�The words �as soon as may be� mean, �as nearly as is reasonable in the circumstances of the particular case� � � Aminah v Superintendent of Prison Pengkalan Chepa [1968] 1 MLJ 92,� katanya yang turut memberi beberapa lagi contoh.

Katanya walaupun ada tafsiran sedemikian tidak perlu dilihat kepada frasa �secepat mungkin� dalam bentuk yang terlalu legalistik kerana semua keputusan kes seperti di atas adalah membabitkan hak orang yang ditangkap.

�Titah diraja Yang di-Pertuan Agong tidak semestinya dibahaskan sedemikian rupa. Titah diraja tidaklah terikat dengan pemahaman perundangan semata-mata terutamanya apabila ia berkaitan dengan peringatan atau mesej untuk bacaan umum.

�Dalam konteks keadaan semasa, frasa �secepat mungkin� boleh difahamkan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk memberi penekanan terhadap keperluan semasa untuk menangani kesan pandemik terhadap masyarakat umum tatkala negara dan rakyat dalam keadaan suntuk untuk kembali pulih ke kehidupan pra-pandemik,� katanya.
adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-69153555049310533352021-06-20T04:14:00.000-07:002021-06-20T19:20:17.078-07:005,293 kes baharu Covid-19
Oleh SITI A'ISYAH SUKAIMI

Gambar hiasan

PUTRAJAYA � Angka kes harian negara masih melebihi 5,000 dengan 5,293 kes hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 696,408 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan angka sebanyak 1,680 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 693 kes dan Sarawak sebanyak 661 kes.

�Seterusnya, Johor (627 kes), Kuala Lumpur (379 kes), Perak (205 kes), (Melaka (183 kes), Kedah (170 kes), Kelantan (167 kes), Sabah (163 kes), Labuan (156 kes) dan Pulau Pinang (114 kes).

�Pahang pula (77 kes), Terengganu (12 kes), Putrajaya (empat kes) dan Perlis (dua kes),� katanya menerusi laman Facebook beliau di sini hari ini. � K! ONLINE

adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-52715613576228290122021-06-20T04:11:00.000-07:002021-06-20T19:20:17.093-07:00Petani buang 200 tan metrik sayur sehari

Oleh ROSLIZA MOHAMED

Sayur-sayuran yang tidak laku di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang

KOTA BHARU � Lambakan sayur yang tidak dapat dijual semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini menyebabkan 200 petani di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang terpaksa membuang sehingga 200 tan metrik sayur sehari.

Mereka hanya mampu berputih mata kerana perlu berdepan kerugian besar yang dianggarkan mencecah hingga RM400,000 setiap hari selepas membuang sayur-sayuran itu.

Persatuan Pekebun Sayur dan Bunga Bumiputera Lojing (PPSBL) mendesak kerajaan meluluskan cadangan pembinaan Kompleks Agro Biz Lojing Highlands yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pemasaran sayur dari kawasan tersebut.

Timbalan Pengerusi PPSBL, Yusup Abd. Rahamam berkata, pembinaan kompleks bernilai RM30 juta seluas lapan hektar itu sehingga kini belum dimuktamadkan sedangkan ia mampu menyelesaikan masalah lambakan sayur kritikal dialami mereka ketika ini.

�Cadangan ini sudah dibuat kepada Lembaga Pemasaran dan Pertanian (FAMA) pada Oktober tahun lalu lagi selepas kita berdepan masalah lambakan sayur apabila seluruh negara dikenakan PKP Mac tahun lalu.

�Setakat ini, Kelantan masih belum ada pusat pengumpulan seperti itu yang boleh menyelesaikan masalah ini bagi menguruskan pemasaran sayur-sayuran keluaran Lojing di luar Kelantan,� katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, Kerajaan negeri Kelantan sedang meneliti cadangan pihak pembekal untuk mewujudkan pusat pengumpulan sayur-sayuran dalam usaha menyelesaikan lambakan bahan mentah itu di pasaran. -K! ONLINE

adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-89421825781009463462021-06-20T04:08:00.000-07:002021-06-20T19:20:17.110-07:00Polis siasat kes kain rentang berbaur politik di pagar masjid
Oleh ROHANA MOHD. NAWI

Kain rentang berbaur politik yang dipasang oleh individu tidak bertanggungjawab di pintu pagar beberapa masjid di Kota Bharu baru-baru ini.

KOTA BHARU � Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes kain rentang berbaur politik yang dipasang oleh individu tidak bertanggungjawab di pagar tiga buah masjid di sekitar daerah ini.

Siasatan itu dilakukan selepas seorang lelaki membuat laporan polis apabila dia menerima mesej WhatsApp mengenai perkara tersebut kira-kira pukul 7 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, kain rentang yang dipasang itu bertulis dengan cat berwarna hijau yang mengaitkan seorang menteri yang dipercayai ingkar titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri� ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

�Pengadu yang tidak berpuas hati melihat gambar itu kemudian membuat laporan polis kerana tindakan tersebut boleh menimbulkan salah faham, kebencian dan mengganggu ketenteraman awam.

�Sebaik menerima laporan, polis menjalankan siasatan sebelum mendapati beberapa kain rentang telah dipasang di pagar Masjid Kampung Sireh, Masjid Telipot, Masjid Lundang dan sekitar Kota Bharu,� katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Wan Khairuddin, kain rentang tersebut ditulis menggunakan cat hijau dengan perkataan Taki Pengkhianat Raja, Taki Penjilat Mahiadin, Taki Pengampu Mahiadin, Haram Taki Di Bumi Kota Bharu dan Broker Bersatu-Taki. -K! ONLINE

adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-62583442956549702162021-06-20T04:03:00.000-07:002021-06-20T19:20:17.126-07:00Enam motosikal, dua kereta hangus

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di tempat meletak kereta dan motosikal di Kondominium Villa Emas di Bayan Lepas hari ini.

GEORGE TOWN � Penduduk di Kondominium Villa Emas, Bayan Lepas di sini cemas dalam kejadian kebakaran melibatkan dua buah kereta dan enam motosikal yang ditempatkan di bawah blok perumahan itu hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, sebahagian penduduk di blok berkenaan dikatakan turun ke bawah bagi menyelamat diri sejurus melihat asap tebal akibat kejadian itu.

Kenderaan yang terlibat adalah jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyoto Estima dan kereta Perodua Myvi serta enam motosikal yang diletakkan selari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Azrul Khairi Abu Bakar ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.06 petang dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

�Kejadian disedari seorang wanita apabila ternampak api dari parkir berkenaan lalu memaklumkan kepada pengawal kondominium untuk tindakan segera.

�Api berjaya dikawal kurang 15 minit kemudian dan keadaan kenderaan dan motosikal didapati terbakar hampir keseluruhan,� katanya.

Beliau berkata, kebakaran turut menyebabkan kediaman di tingkat atas tempat meletak kereta terbabit terjejas dengan kesan asap hitam.

Tambahnya, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak forensik bomba dan pihaknya akan meneliti sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi berhampiran. � K! ONLINE

adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2278540161886053903.post-24907800396756084382021-06-19T19:26:00.000-07:002021-06-20T19:20:17.142-07:00Rakyat Malaysia suka bazir makanan?
Oleh AMREE AHMAD

PUTRAJAYA: Sebahagian besar rakyat negara ini didapati suka melakukan pembaziran makanan selain amat kurang membuat perancangan awal sebelum melakukan pembelian.

Dapatan tersebut diperoleh hasil kajian terbaharu Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di seluruh negara baru-baru ini.

Menerusi Tinjauan Kesedaran dan Tingkah Laku Masyarakat Terhadap Amalan Menghargai Makanan Elak Pembaziran 2021, sejumlah 2,248 orang menjadi responden kajian tersebut.

�Hanya sebanyak 49.7 peratus responden itu mengakui tidak pernah melakukan pembaziran makanan dalam kehidupan seharian mereka,� jelas kenyataan SWCorp di sini semalam.

Ironi agensi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mendapati, sejumlah 99.5 peratus responden bersetuju masalah pembaziran tersebut sebenarnya boleh pun dielakkan.

Bagaimanapun kajian itu menunjukkan, 73.8 peratus responden berusaha secara amali untuk tidak membazir, tetapi 69.8 peratus responden sahaja menyimpan makanan dengan baik.

Keadaan itu ujar SWCorp, diburukkan lagi dengan cuma 49.8 peratus responden yang mengamalkan kaedah betul penyimpanan makanan dimasak secara first in first out (FIFO).

Kaedah tersebut yang disarankan pakar kesihatan seluruh dunia dengan makanan disimpan awal sepatutnya dikeluarkan terlebih dahulu dari peti sejuk untuk mengelak basi atau rosak.

�Dari segi kesedaran pula, 99.3 peratus responden mengesahkan mereka ada kesedaran mengenai aspek penyimpanan makanan tidak habis dimakan secara FIFO,� ujarnya.

Begitu juga tahap kesedaran dalam membuat senarai pembelian barang makanan yang dapat mengelak pembelian berlebihan dengan merekodkan 99 peratus responden bersetuju.

Namun dari segi praktikal, SWCorp mendedahkan hanya 65 peratus responden merancang pembelian dengan menyediakan senarai barangan sebelum memasuki premis peruncitan.

Lebih menyedihkan, tinjauan agensi itu mendapati cuma 48.4 peratus responden ada membuat perancangan awal sebelum pembelian manakala selebihnya membeli mengikut perasaan.

Sementara itu, dari segi kesedaran, 97.6 peratus responden bersetuju perancangan menu untuk dimasak di dapur akan membantu dalam mempengaruhi pembelian barang makanan.

SWCorp merumuskan bahawa majoriti masyarakat negara ini masih lagi mempunyai tahap kesedaran berkaitan nilai harga makanan demi mengelak pembaziran yang tidak sepatutnya.

Dianggarkan setiap hari, sebanyak 17 juta kilogram sisa makanan daripada sejumlah 38 juta bahan pepejal dibuang di seluruh Malaysia yang boleh memberi makan 2.2 juta orang miskin.
Secara purata, sebuah isi rumah terdiri daripada empat ahli keluarga membazirkan hampir satu kilogram makanan yang tidak dihabiskan ke dalam tong sampah di negara ini setiap hari. -UTUSAN adminhttp://www.blogger.com/profile/03910600281586917763noreply@blogger.com0