Kerajaan pertimbang rentas negeri individu lengkap dos vaksin Covid-19

Rentas negeri merupakan antara beberapa kelonggaran yang sedang diperhalusi kerajaan terhadap mereka yang sudah melengkapkan dos vaksin Covid-19. GAMBAR: Abd Razak Aid

KEBENARAN merentas negeri merupakan antara beberapa kelonggaran yang sedang diperhalusi kerajaan terhadap mereka yang sudah melengkapkan dos vaksin Covid-19.

Khairy Jamaluddin

Menteri Penyelarasan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan itu akan dikemukakan jawatankuasa kumpulan kerja teknikal yang dianggotai oleh kumpulan pakar kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dimuktamadkan.

Menurutnya, cadangan itu akan turut meneliti data-data diguna pakai negara-negara yang pada masa ini memberi beberapa kelonggaran kepada rakyat mereka.

�Jawatankuasa yang terdiri daripada pakar-pakar kesihatan dan sains akan memperhalusi kumpulan kerja teknikal sebelum dikemukakan kepada MKN untuk diumumkan. Ini termasuk kelonggaran untuk rentas negeri,� katanya di sini hari ini.

Khairy dalam pada itu berkata, prestasi Malaysia bagi peratusan penduduk yang menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Covid-19 adalah masih kompetitif.


Beliau menjelaskan, jika dibandingkan dengan negara-negara jiran dan maju seperti Jepun, Malaysia tidak jauh ketinggalan.


Ujarnya, ini di sebalik tindakan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Kanada membolot pembelian vaksin Covid-19.


�Apabila perbandingan dibuat dengan negara Jepun yang jauh lebih maju, mereka masih lagi ketinggalan berbanding AS, UK dan Kanada. Kenapa? UK beli vaksin lima kali ganda penduduk mereka, Kanada juga sama.


�Selain itu, syarikat-syarikat pengeluar vaksin juga adalah dari UK dan AS, mereka mendapat akses yang mudah. Sekarang barulah mereka menawarkan bantuan melalui sumbangan. 


�Kita juga akan terima sumbangan dari AS, Jepun dan China dalam masa terdekat,� tambahnya.

Sunday, June 20, 2021
Posted by admin

Suntikan vaksin pun nak tipu, dua orang ditahan

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir untuk mendapatkan suntikan dos pertama Vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC), Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

KETERUJAAN orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 ternyata �memberi idea� kepada individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Ia terbukti apabila  polis menahan dua warga tempatan disyaki terlibat dalam penawaran serta penjualan pakej vaksin Covid-19 secara dalam talian, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata hasil risikan, polis menahan suspek lelaki dan wanita berumur 26 dan 27 tahun selepas satu laporan polis dibuat seorang pegawai perubatan berhubung kegiatan itu pada Isnin lalu.

Beliau berkata kedua-dua suspek didapati menawarkan pakej vaksin Covid-19 yang dijual pada harga RM450 bagi warga tempatan sementara RM800 bagi warga asing.

�Berdasarkan siasatan awal polis mendapati kegiatan itu dibuat melalui laman sosial Facebook serta panggilan telefon sementara pelanggan yang berminat diberitahu akan didaftar ke dalam Program Vaksinasi Covid-19 Negeri Selangor (SCVP) melalui aplikasi SELangkah.

�Pembeli yang berminat untuk mendaftar didakwa akan diletakkan dalam senarai menunggu dan pembayaran hanya perlu dibuat setelah nama mereka tersenarai sebagai seorang daripada penerima vaksin melalui aplikasi terbabit,� katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Kamarudin berkata semakan lanjut mendapati sehingga kini pendaftaran program SCVP itu hanya dihadkan kepada syarikat sahaja dan masih belum dibuka kepada individu persendirian,� katanya.

Hasil siasatan polis, mereka (suspek) mendakwa sehingga kini kira-kira 30 individu telah dihubungi berkenaan pakej vaksin itu dengan 10 peratus daripadanya menyatakan minat untuk membeli pakej ditawarkan pihaknya.

Mohd Kamaruddin meminta orang ramai untuk sentiasa cakna dengan inisiatif vaksinasi dilaksana kerajaan bagi mengelakkan daripada dimanipulasi sindiket penipuan dalam mengaut keuntungan mudah.

�Orang ramai juga dinasihati untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan penipuan penjualan vaksin COVID-19 kepada pihak polis,� katanya.

Posted by admin

Tiada kesan sampingan penggunaan vaksin Pfizer di Malaysia � KKM

vaksin

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada kesan sampingan berkaitan risiko miokarditis (radang otot jantung) dan perikarditis (lapisan luar jantung) yang dikaitkan dengan penggunaan vaksin COVID-19 jenis mRNA di negara ini.

Pada masa ini, hanya satu jenis vaksin mRNA diluluskan penggunaannya di Malaysia iaitu vaksi Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech dan KKM merumuskan profil keselamatan vaksin itu kekal positif dan penggunaannya dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak terjejas.

KKM hari ini mengeluarkan kenyataan berikut merujuk kepada laporan oleh beberapa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura baru-baru ini, berkenaan risiko miokarditis dan perikarditis yang dikaitkan dengan vaksin jenis mRNA.

Ketua Pengarah Kesihatam Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menjalankan penilaian risiko ke atas isu keselamatan berkenaan isu tersebut berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada badan-badan regulatori dan rujukan antarabangsa.

�Manfaat semasa bagi pemberian vaksin ini adalah jauh melebihi risikonya,� katanya dalam kenyataan tersebut.

BERITA BERKAITAN 1.33 juta vaksin Pfizer akan diagihkan sehingga Julai

Miokarditis merupakan radang pada otot jantung sementara perikarditis pula merujuk kepada radang pada lapisan luar jantung. Simptom atau gejala yang dikaitkan dengan miokarditis atau pericarditis termasuklah sakit dada, perubahan pada kadar degupan jantung serta kesukaran untuk bernafas.

Dr. Noor Hisham berkata, sehingga 13 Jun 2021, sejumlah 2,793,826 vaksin Comirnaty dari Pfizer telah diberikan kepada penduduk Malaysia, yang melibatkan sebanyak 1,676,959 dos pertama dan 1,116,867 dos kedua.

�Sehingga kini, tiada laporan kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) spesifik untuk miokarditis/perikarditis yang diterima oleh NPRA/KKM,� katanya.

KKM juga mendapati sehingga kini, tiada tindakan regulatori yang telah diambil oleh badan-badan rujukan antarabangsa lain seperti European Medicines Agency (EMA) dan World Health Organization (WHO) ke atas produk vaksin COVID-19 jenis mRNA.

Kenyataan itu berkata, penilaian masih dijalankan bagi menentukan hubungkait isu ini dengan vaksin COVID-19 jenis mRNA.

KKM akan sentiasa menjalankan pemantauan berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin sentiasa terjamin.

Posted by admin

Pemberian vaksin meningkat 5.675 juta dos

DR ADHAM BABA/ Gambar Fb Dr Adham

SEBANYAK 5.675 juta dos vaksin COVID-19 sudah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, 4.08 juta adalah melibatkan dos pertama.

Katanya, 1.58 juta lagi melibatkan pemberian dos kedua.

�Pada semalam sahaja, sebanyak 164,282 dos diberikan pada semalam, 19 Jun.

�Seramai 128,400 menerima vaksin untuk suntikan pertama manakala 35,882 lagi menerima suntikan kedua,� katanya menerusi twitter beliau hari ini.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan beliau, Kuala Lumpur mencatatkan penerima dos pertama vaksin tertinggi dengan 697,411 orang.

Ini diikuti Selangor 626,510, Sarawak (570,994) dan Johor (369,859).

Sementara itu, bagi dos kedua, Selangor melaporkan angka tertinggi dengan 207,077 diikuti Sarawak (181,690), Johor (161,082) dan Sabah (131,966).

Daftar di aplikasi MySejahtera, http://vaksincovid.gov.my atau telefon 1800888828

Posted by admin

Bekalan vaksin tiba seperti dijadualkan � PM

 Oleh UtusanTV

Muhyiddin Yassin bertanya khabar kepada orang ramai yang menunggu giliran untuk divaksin di PPV KLCC Kuala Lumpur hari ini./ Gambar FB KLCC

SASARAN negara untuk mencapai tahap imuniti kelompok seperti diunjurkan Pelan Pemulihan Negara diyakini dapat disempurnakan susulan penambahan bekalan vaksin COVID-19 oleh pembekal utama negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ke arah inisiatif ini, kerajaan akan berusaha lebih bersungguh-sungguh bagi memastikan bekalan berkenaan tiba ke negara ini mengikut jadual.

�Saya sedar di luar sana ramai yang bertanya, kenapa tak buat itu, kenapa tak buat banyak-banyak lagi. Khairy Jamaluddin (Menteri Penyelaras) sudah maklumkan berkali-kali memang kita boleh buat kalau banyak vaksin (tapi) kemudian kita terhad dan terbatas.

�Bukan kerana kita tak nak atau kerajaan sekat, tidak, kita kalau boleh nak habiskan semua dalam sebulan dua ni.

�Tetapi kita tak boleh kawal yang itu (bekalan vaksin) kerana pembekalnya datang daripada luar negara, jadi terpaksalah kita tunggu giliran kita, tapi dah terjamin bekalan itu akan tiba dalam satu masa yang telah dijadualkan,� katanya seperti dilapor Bernama.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Perdana Menteri berkata, apa yang penting ialah proses pendaftaran vaksinasi perlu dipertingkatkan.

�Sekarang ini dah diberikan banyak kemudahan, boleh daftar secara MySejahtera, �online� atau secara fizikal, atau kalau dah ada di tempat mereka itu PPV mikro yang dibuat sampai di kampung, masjid, surau, mereka boleh turun sahaja ke situ, bawa IC (kad pengenalan diri) dan akan didaftarkan dan nama yang dah dapat itu akan dimasukan ke dalam sistem MySejahtera,� katanya.

Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan, yang membantu melancarkan proses vaksinasi di PPV.

Muhyiddin Yassin bersama Khairy Jamaluddin meninjau proses 
pemberian vaksin di PPV KLCC Kuala Lumpur hari ini./ 
Gambar FB KLCC

�Saya lihat tadi bersemangat, pagi-pagi datang sampai lewat petang dan malam, bekerja. Jumlah yang kita perlukan masih ramai, jadi kalau boleh mereka tampil ke depan menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan, dan boleh mempermudah dan mempercepatkan proses vaksinasi kita,� katanya.

Posted by admin

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -