Posted by : admin Monday, January 21, 2013


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan memihak
 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM50 juta
 ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung
artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Hakim Datuk V T Singham mengarahkan kos sebanyak RM45,000 dibayar
kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Mahkamah juga menetapkan 15 Februari ini untuk menentukan ganti rugi kepada Anwar.
Anwar dalam Twitternya berkata, "alhamdulillah: Hakim VT Singam pertahankan
 kebebasan badan kehakiman dan media. Tegas menolak fitnah Utusan milik Umno
 kerana tuduhan palsu saya menyokong homoseksualiti."
 
Pada 20 Januari lalu, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu
dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak yang didakwanya telah
mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC
 mengenai undang-undang berkaitan dengan homoseksual.

Anwar menuntut ganti rugi RM50 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan
serta relif-relif lain yang disifatkan sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah.

Beliau juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan-defendan
daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan mana-mana perkataan yang
 memfitnah plaintif.
 
Dalam penyataan tuntutannya, Anwar mendakwa suratkhabar terbitan Utusan
 Melayu telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan mukasurat 10 akhbar
 berkenaan bertarikh 17 Januari 2012 yang seolah-olah telah memberikan gambaran
bahawa beliau adalah seorang pemimpin muslim yang mempunyai pandangan yang
tidak selari dengan ajaran Islam.

Anwar menjelaskan perkataan-perkataan yang diterbitkan tersebut yang
 berasaskan temuramah bersama BBC itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan
 niat jahat

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -