Posted by : admin Thursday, January 31, 2013



KUALA LUMPUR, 5 NOV 2012: Penyanyi yang baru saja dinobatkan sebagai juara Asian Wave 2012, Shila Amzah enggan memberikan sebarang komen mengenai isu buah hatinya, Shaarnaz Ahmad yang didakwa telah menerima surat saman daripada pihak produksi Darah Panas serta tindakannya yang didakwa telah mencekik seorang krew produksi filem tersebut.
Bagaimanapun, Shila yang semakin murah rezekinya sebaik saja pulang dari Shanghai, China memberitahu bahawa dia sememangnya mengetahui tentang tuduhan yang dikenakan terhadap Shaarnaz itu.
"Saya memang tahu apa yang berlaku kepada Shaarnaz. Namun, saya minta maaf kerana tidak boleh komen apa-apa. Saya sudah malas hendak memberikan sebarang komen kerana orang sering memutar belitkan apa yang kami katakan nanti.

"Jadi, baik saya mahu pun dia, kami hanya terima saja apa yang orang katakan tentang kami. Tentang kes saman ini, yang tahu cerita sebenar hanyalah dia dan pihak produksi saja.
"Apa yang saya tahu pun menerusi menerusi luahan rasa Shaarnaz kepada saya. Sebagai kekasihnya, saya hanya mendengar saja," katanya ketika dihubungi murai.com.my tengah hari tadi.
Dalam pada menolak untuk memberikan ulasan dengan lebih panjang, Shila merasakan situasi yang berlaku terhadap Shaarnaz yang kini telah tersebar luas dsifatkannya sebagai pelik.
"Sekali lagi, saya tidak boleh nak berikan sebarang komen lagi. Perkara ini pun sudah menjadi sangat pelik," ujarnya.

Sementara itu, Shila memberitahu dia sepatutnya sudah berada di negara China sepanjang November ini. Pun begitu, disebabkan terlibat dengan program Juara lagu dan AIM19 (Anugerah Industri Muzik), Shila terpaksa menangguhkan hasrat tersebut.
"Saya memang dijadualkan berada di Shanghai ketika ini. Namun, saya minta ayah saya untuk menangguhkan segalanya kerana saya terlibat dengan AIM19 dan Muzik-muzik. Saya tidak mahu membiarkan momen ini disia-siakan kerana lagu yang tercalon adalah lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh saya. Oleh itu, saya menangguhkan semuanya.
"Apapun, saya akan menyambut tahun baru 2013 di China kerana saya terlibat dengan konsert besar di sana," jelasnya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -