
KL,17 JAN 2013: Sekarang ini, apabila media dok heboh bercakap pasal b intang K-Pop (Korean Pop), nama pelakon Nazim Othman mesti terselit dalam perbualan tersebut,.
Jangan ditanya mengapa ye. Sebab, rasa Murai Batu, semua pun sudah maklum bahawa Nazim Othman yang pernah memberi bayangan di twitternya bahawa dia Siwon Super Junior versi Malaysia merupakan peminat fanatik bintang K-Pop.
Selain meminati Siwon, Nazim juga difahamkan amat meminati kumpulan Beast yang mana dia mengakui sering mendengar lagu dendangan kumpulan ini.
Seperti yang semua ketahui, pada 15 dan 16 Januari lepas, ramai bintang K-Pop telah datang ke Malaysia sempena Samsung 27th Golden Disk Award (GDA) di Litar Antarabangsa Sepang. Ramai tu yang datang.
Disebabkan itu, Nazim dikhabarkan telah hadir ke majlis berkenaan. Selain Nazim, antara artis lain yang turut hadir adalah Dafi, Elfira Loy dan Amanda Imani.
Masih bercakap tentang Nazim, Murai Batu dapat tahu pelakon ini bukan saja hadir ke majlis anugerah tersebut, dia juga dikhabarkan sanggup menempah bilik mahal di sebuah hotel yang sama dengan hotel yang diduduki oleh kumpulan Beast. Hotel apa? Biarlah rahsia...
Dengarnya, sebaik saja Beast tamat mengadakan persembahan di GDA, Nazim terus bergegas pulang ke hotel untuk kejar dan menyambut Beast pulang. Selain Beast, kumpulan lain yang turut sama menginap di hotel berkenaan adalah kumpulan SHInee.
Tuah nampaknya menyebelahi Nazim kerana setelah menunggu di hotel berkenaan, dia berjaya merakamkan gambar dengan Beast di dalam lif hotel tersebut. Malah, Nazim dikhabarkan betul-betul teruja kerana dapat bergambar berdua dengan Yoseob iaitu salah seorang ahli Beast.
Namun, Nazim hanya terserempak dengan ahli SHInee tanpa dapat bergambar dengan kumpulan itu disebabkan pengurus kumpulan tersebut tidak mengizinkannya berbuat demikian.
Apapun, Murai Batu mendapat tahu, Nazim berasa sangat bertuah dan pengorbanannya sebagai peminat fanatik K-Pop berbaloi selepas dia dapat bersua muka dengan bintang K-Pop pujaannya.
Sumber-Murai
No comments:
Post a Comment