Pakatan Rakyat (PR) hari ini melancarkan manifesto pilihan raya mereka dengan tema “Pakatan Harapan Rakyat” menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang memberikan fokus kepada tata kelola yang baik berteraskan prinsip moral dan nilai sejagat yang memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat.
Manifesto keempat pakatan pembangkang pembangkang itu dilancarkan di Pusat Konvensyen Shah Alam memberikan fokus kepada empat paksi utama; rakyat bersaudara; ekonomi rakyat; kesejahteraan rakyat; dan kerajaan rakyat.
Intipati-Intipati Manifesto Pakatan Rakyat 2013
Manifesto keempat pakatan pembangkang pembangkang itu dilancarkan di Pusat Konvensyen Shah Alam memberikan fokus kepada empat paksi utama; rakyat bersaudara; ekonomi rakyat; kesejahteraan rakyat; dan kerajaan rakyat.
Intipati-Intipati Manifesto Pakatan Rakyat 2013
- Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat.
- Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.
- Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.
- Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional.
- Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.
- Henti operasi Lynas, kaji semula RAPID dan kaji undang-undang pembalakan.
- Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.
- Memberi permit terus kepada pemandu teksi.
- Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.
- Memecah monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti Monopoli, Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan konsesi berat sebelah, tender terbuka, membubar 1MDB, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.

No comments:
Post a Comment