- Back to Home »
- Dalam Negeri , Tragedi »
- Mayat Remaja Lemas Di Sungai Kelantan Ditemui
Posted by : admin
Tuesday, February 26, 2013
Selepas 11 hari lemas, mayat bekas pelajar kolej yang terjatuh ke dalam Sungai Kelantan ketika menyeberang jambatan ditemui terapung di muara Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar di Kota Bharu, pagi tadi.
Mayat Mohd Arief Mohd Nordin, 20, ditemui terapung di tengah kawasan sungai dalam keadaan tertiarap oleh penduduk kampung sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan dituntut oleh ahli keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pantai Senok.
Ibu mangsa, Fatimah Hussin, 45, berkata, dia bersyukur jasad anaknya ditemui selepas usaha mencari oleh pihak berkuasa dihentikan dua hari lalu.
Katanya, dua hari sebelum jasad anaknya ditemui dia memperoleh petanda apabila mata kanannya sentiasa berkedip.
"Selepas dimaklumkan mengenai penemuan arwah, baru saya sedar bahawa itu adalah petanda bahawa kami akan menemuinya dalam masa terdekat.
"Akhirnya doa saya dan ahli keluarga dimakbulkan," katanya.