Drama Bangkitnya Seorang Perempuan akan menggantikan drama Surat Dari Langit Biru di Slot Samarinda TV3 bermula pada hari Rabu, 13 Mac 2013. Antara pelakon yang membintangi drama Bangkitnya Seorang Perempuan ialah Anzalna Nasir, Afiq Muiz, Ryzal Jaafar, Faradhiya, Eina Azman, Dynas Mokhtar, Riezman Khuzaimi, Haleeda Mazlin dan Amar Baharin. Jangan lupa untuk menyaksikan drama Bangkitnya Seorang Perempuan setiap Selasa hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3.
Sinopsis Drama Bangkitnya Seorang Perempuan TV3
Mengisahkan percintaan Balqish dan Radzi yang tidak kesampaian setelah Radzi dikahwinkan dengan anak ketua kampung iaitu Zila. Balqish yang cuba menerima kenyataan tersebut mula menjauhkan diri dari Radzi tetapi Radzi tidak rela melihat lelaki lain mendampingi bekas kekasihnya itu. Balqish, seorang gadis berusia pertengahan 20an cukup disenangi penduduk kampung kerana sikap ramah, riang dan mempunyai kebolehan menjahit. Suatu hari, Radzi berpura-pura mahu menempah baju di rumah Balqish sebelum memperdaya merogol gadis ini di kawasan semak berhampiran. Sejak itu, Balqish berubah menjadi seorang yang sering termenung dan mengurungkan diri dari orang lain serta kadangkala menjerit selepas diganggu mimpi ngeri. Pernah ditanya oleh ibunya, Mak Shidah, siapakah yang sanggup melakukan perbuatan keji ini. Apabila Balqish menjawab Radzi, sukar untuk Mak Shidah percaya.

No comments:
Post a Comment