- Back to Home »
- Sinopsis »
- Sinopsis Drama Bunga Merah Punya TV9
Posted by : admin
Friday, February 22, 2013

Sinopsis Bunga Merah Punya TV9
Mengisahkan Merah seorang remaja 20an yang mencari rezeki dengan menyanyi dan bermain gitar bersama temannya Ajit, dan Itam. Kopitiam milik abang Cu menjadi tempat mereka ‘perform’. Di atas kopitiam adalah bilik sewa yang disewa oleh Bunga. Rutin harian Bunga adalah membeli sekuntum bunga ros yang dijual oleh seorang budak perempuan, Niki yang lalu di hadapan kopitiam sebelum dia ke tadika untuk mengajar setiap pagi. Setiap pagi juga Bunga akan sarapan di kopitiam Abang Cu sambil mendengar petikan gitar dan nyanyian dari Merah dan kawan-kawannya. Bunga memikul amanat Tok Baen untuk mencari Merah sejak merah melarikan diri dari rumah ketika berumur 10 tahun kerana merajuk dengan Tok Baen. Bunga masih ingat akan Merah, tapi tidak Merah. Disinilah cerita bermula.