- Back to Home »
- Sinopsis »
- Sinopsis Drama Jangan Ganggu Aku TV3
Posted by : admin
Friday, February 22, 2013
Drama terbaru di Slot Cerekarama TV3 malam ini bertajuk Jangan Ganggu Aku. Drama terbitan A Aida Production dan diarahkan oleh Hitlter Zami itu membariskan pelakon hebat seperti Rusdi Ramli, Yasmin Hani, Miera Liyana dan Munif Isa. Jangan lupa untuk meluangkan masa anda menonton Jangan Ganggu Aku pada Sabtu, 23 Februari 2013, jam 10 malam.
Sinopsis Drama Jangan Ganggu Aku TV3
Razif berkorban segalanya untuk membesarkan adik-adiknya, Romi dan Rosma. Dia terpaksa melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan bekerja dalam usia yang masih muda semata-mata mahu memastikan mereka bertiga dapat hidup sempurna. Kesusahan hidup itu membuatkan dia bersikap amat tegas dan terlalu mengawal Romi yang sudahpun bekerja sendiri setelah menamatkan pelajaran di universiti dan Rosma yang masih belajar di kolej. Romi dan Rosma selalu meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap sikap Razif yang terlalu tegas dan amat mengongkong walaupun mereka sudah boleh berdikari. Romi pernah menyuarakan hasrat untuk tinggal di luar tetapi dihalang keras oleh Razif atas alasan pesanan terakhir ayah mereka yang mahukan mereka tinggal sebumbung walaupun setelah berkahwin. Romi tidak tahan diperlakukan seperti budak kecil dan semuanya dikawal oleh Razif yang berlagak seperti seorang ayah. Razif mengambil langkah mengurungkan diri berhari-hari di dalam bilik keramatnya kerana tidak mahu diganggu. Apakah yang berlaku seterusnya?Promo Video Drama Jangan Ganggu Aku
