Berikut adalah isu kandungan amanat Perdana Menteri kepada penjawat-penjawat awam yang berlangsung di Putrajaya hari ini. Pasti ramai yang ternanti-nanti apakah keputusan yang bakal dibuat oleh Najib Razak pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 itu. Apakah penjawat awam bakal menerima 'durian runtuh' berupa kenaikan gaji? Sama-sama kita tunggu.
Untuk Warga ATM dan PDRM:
Untuk Warga ATM dan PDRM:
- Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain. Perdana Menteri berkata, ia mencakupi skop tugas, struktur pangkat dan kelayakan ATM dan PDRM.
- Gred jawatan dan gaji mejar dalam ATM dan timbalan superintendan PDRM dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam.
- Gred jawatan dan gaji sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 17, disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam. Datuk Seri Najib berkata, melalui penyelelarasan gred itu, gred jawatan dan gaji koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam.
- Jawatan Kapten ATM dan Superintendan PDRM dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam.
- Gred jawatan dan gaji kolonel ATM dan Asisten Komisioner (ACP) polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam
- Kakitangan awam yang kontraknya tamat pada 31 Disember 2013 akan disambung selama setahun lagi.
- Kerajaan setuju beri kaedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan yang diawalkan pada 1 Julai 2013 kepada semua penjawat awam.
- Semua struktur gaji maksimum diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak 3 kenaikan berkuatkuasa 1 Jan 2013. Kenaikan itu membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT.

No comments:
Post a Comment