Friday, April 12, 2013

Berita Terkini Lahad Datu 13 April 2013

11 individu warga Filipina termasuk tiga beranak didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau, semalam. Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 121/130KA Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong serta menjadi ahli kumpulan pengganas. Jika disabtkan kesalahan, mereka boleh dihukuman mati dan dipenjara seumur hidup.

Mereka yang didakwa ialah Salib Akhmad Emali bersama dua anaknya, Binhar dan Anwar manakala lapan yang lain ialah Masir Aidin, Ismail Yasin, Tani Lahad Dahi, Wazir Osman @ Abdul, Abd. Hadi Mawan, Julham Rashid, Virgilio Nemar Patulad @ Mohammad Alam Patulada dan Aiman Darie.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang anggota polis berpangkat Koperal, Hassan Ali Basari mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas.

No comments:

Post a Comment