Posted by : admin Thursday, May 30, 2013

Kekecohan stadium darul makmur, pahang vs johor darul takzim
Kekecohan antara para penyokong telah menyebabkan perlawanan separuh akhir di Kuantan antara Pahang dan Johor Darul Takzim ditunda.
Ia dilaporkan bahawa lebih 60,000 para peminat telah membanjiri Stadium Darul Makmur, kapasiti 40,000, pada malam Selasa untuk menyaksikan pertarungan antara Pahang dan Johor Darul Takzim.

Sebab �overcrowding� ini belum jelas tetapi ada yang berpendapat bahawa tiket yang tidak dikoyakkan telah digunakan semula, ada juga yang melaporkan bahawa penjualan tiket palsu telah menyebabkannya.


Pada jam 8:30 malam, para penyokong telah diarahkan oleh Polis Diraja Malaysia untuk masuk ke bahagian kosong stadium yang dihadkan untuk menjadi penghalang antara para penyokong tuan rumah dan penyokong pelawat.

Sepuluh minit kemudian, para pemain dan anggota kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan walaupun telah memanaskan badan di padang. 

Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah, yang juga merupakan presiden FAM, hadir di stadium dan telah memberitahu para pengadil bahawa beliau ingin perlawanan untuk diteruskan walaupun ada beberapa ribu para penyokong terpaksa duduk di trek.

Kira-kira dua puluh minit kemudian, anggota pasukan Pahang dan para pengadil keluar selepas pengumuman dari PDRM bahawa perlawanan selamat untuk diteruskan.

Walaubagaimanapun kekecohan berlaku apabila para penyokong di luar stadium membaling batu ke arah para penyokong pasukan pelawat di dalam stadium. Para peminat Darul Takzim terpaksa berundur ke bahagian trek demi keselamatan mereka.

Beberapa minit kemudian, ia diumumkan bahawa perlawanan telah ditunda.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -