- Back to Home »
- Hiburan »
- Sharifah Shahirah Minta Masyarakat Jangan Layan �Video Bodoh� Adiknya
Posted by : admin
Thursday, May 30, 2013
Lagi orang tak suka, lagi dia nak buat. Lagi orang kutuk, lagi dia banyak dia bikin video �panas�. Siapa lagi yang sedang diperkatakan ini kalau bukan adik kepada pelakon kepada Sharifah Shahirah, iaitu pelakon Sharifah Sakinah. Kebelakangan ini semakin menjadi-jadi pula tabiatnya suka memuat naik video kontroversi di laman Keek.
Sakinah mula menjadi perhatian ramai melalui satu video di mana dia memberitahu warna pakaian dalamnya secara terang-terangan melalui akaun Keek Anzalna Nasir. Walaupun dikecam hebat kerana ramai berpandangan sikapnya yang seperti tidak bermoral, namun Sakinah terus merakam dan memuat naik video-video lain.
Terbaharu, Sakinah berkongsi satu lagi video yang menunjukkan zip seluarnya terbuka semasa sedang bercakap. Dan petang semalam, kakaknya yang mesra dengan panggilan Shiera ini menulis sesuatu di akaun Twitter miliknya mengenai sikap adiknya itu.
Shiera juga memberitahu dia pernah bercakap dengan Sakinah mengenai perkara itu tetapi mungkin tidak diambil pusing oleh Sakinah. Walaupun Sakinah ada memberitahu kepada pihak media yang ahli keluarganya memahami sikapnya yang gila-gila. Tapi daripada penulisan Shiera itu dilihat dia sudah seperti tidak boleh menerima perangai adiknya itu yang sudah keterlaluan.
Baguslah Shiera tidak bersikap menegakkan benang yang basah walaupun yang melakukannhya itu ahli keluarganya sendiri. Dalam hal ini, MD puji dengan cara Shiera yang boleh berfikir dengan lebih baik dan matang berbanding adiknya. Cuma kalau Sakinah terus-terusan mendedahkan sikap giler-gilernya itu pada umum, bimbang nanti masyarakat akan terus-terusan membenci bukan saja tuan punya badan tapi seluruh ahli keluarganya. Jangan pula nanti kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.