- Back to Home »
- info semasa »
- Pak Cik Setan Ragut Mahkota Saya
Posted by : admin
Monday, June 3, 2013
sebenarnya, saya nak tahu apakah saya juga turut berdosa disebabkan perbuatan orang2 disekeling saya walaupun bukan atas kerelaan saya?
begini ceritanya, saya ne sejak kecil g, dah tinggal berjauhan dengan orang tua saya. jadi, sa tinggal dengan datuk dan nenek saya di kampung. tapi, masalahnya, masa saya tinggal kat kampung dulu, uncle saya juga tinggal bersama. dia ne kira masih sekolah menengah g. kisah perit sa ne bermula apabila sa diminta untuk menghantarkan segelas susu ke bilik uncle sa oleh nenek saya. tapi, sejurus ja sa menghantarkan gelas itu ke biliknya, tiba-tiba ja dia tarik saya ke katilnya dan perkara yang tidak sepatutnya berlaku antara anak buah dan pak ciknya itu pun terjadi. senang cerita saya diperkosa oleh uncle sa sendiri... jujur, waktu tu sa baru berumur 4 atau 5 tahun. jadi, sa mana la paham pa bnda yg dia akan buat kat sa. sa pun dah tak ingat kejadian mcm mana dia memujuk rayu saya sebab time tu sa masih budak lagi dan saya juga dah berusaha supaya saya dapat melupakan kejadian itu. sampai la satu hari tu, saya terjatuh atas lantai dari tingkap rumah saya yang berada di tingkat 2. kepala saya trus jatuh terkena lantai. dari situlah sa suda tak brapa ingat pasal kejadian itu tapi sa masih samar2 ingat perbuatan uncle sa itu. disebabkan perasaan takut dan malu sa tidak penah menceritakan kejadian itu pada sesiapa. hanya sa sahaja yg tahu.
akhirnya, pada usia 7 tahun, sa dibawa balik untuk tinggal dengan kedua ibu bapa saya di bandar dan memulakan zaman persekolahan rendah saya di sana. sedikit sebanyak, saya berasa selamat kerana dapat tinggal dengan ibu bapa saya dan melarikan diri daripada melihat muka org jahat itu. namun, keselamatan yg sa harapkan tidak bertahan lama. semasa tinggal di bandar, selain sa dan orang tua saya, abang tiri saya juga tinggal sama-sama dengan kami. walaupun anak bapa sa ne berstatus abang tiri, tapi dia tidak penah berniat jahat dengan saya. cuma satu hal yang buat sa kesal ialah apabila dia membawa kawan lelakinya tinggal menumpang di rumah kami. maka sejarah di kampung itu pula kini berulang kembali di bandar. kawan abang tiri sa ne mengambil kesempatan ketika semua orang tidak ada di rumah dan hanya tinggal kami berdua saja dalam rumah itu. amat menyakitkan apabila ingat benda ne! hal ini terjadi masa saya tahun 4.
tak mau panjang cerita pasal ne... sa tekan kan sa masih belum mengenal seks sampai la sa masuk sekolah menengah!
dan disebabkan sejarah silam yg pahit ne la menjadikan saya takut untuk bersosial. satu hal lagi yg buat sa btul2 stress apabila keadaan rumah tangga ibu bapa saya mula hancur akibat perselisihan faham dan pengaruh dadah. pasal dadah tak payah cerita la...
disebabkan perceraian, akhirnya saya kembali semula ke kampung saya yang dulunya penah menjadi titik permulaan masalah saya. sa berpindah balik ke kampung masa umur saya 13 tahun. jadi, sa sambung sekolah menegah saya sampailah habis tingkatan lima. dan sepanjang saya belajar di tingkatan 1 dan 2, sa tidak penah bertemu dengan uncle sa kerana dia sambung pelajarannya di KL. sa rasa tenteram untuk meneruskan alam persekolahan saya di kampung. dan masa di kampung, sa banyak belajar perkara2 yg dpt membangkitkan semula semangat saya seperti erti persahabatan. di sini, sa mampu bersosial walupun masih mempunyai perasaan takut itu.
malangnya, masa sa dalam tingkatan tiga, sa terpaksa berhadapan semula dengan uncle sa yg selama ini sangat saya benci. tapi, kali ini berbeza, dia sudah pun beristeri dan ada beberapa org anak dan tiggal bersama saya dan ibu saya di kampung itu. bayangkan bagaimana perasaan saya yg apabila berhadapan dengan dia. rasanya seperti hendak lari dari kampung itu. dia pula buat muka macam tak penah berlaku apa-apa... mungkin dia ingat sa sudah lupakan kejadian itu kerana bertahun telah berlalu.
tapi disebabkan sa memikirkan ibu saya, saya tetap bertahan dan terus fokus dengan pelajaran saya kerana tidak lama lagi saya akan menduduki PMR. walaupun masalh datang bertubi-tubi dalam hidup saya, saya tetap cuba untuk memberikan yg terbaik untuk exam PMR saya. dan saya berjaya membuktikan saya bukan seperti remaja lain yg cepat putus asa apabila menghadapi masalah kerana sa masih mampu mendapatkan result yang cemerlang dalam peperiksaan itu dengan gred GPA 1. maksudnya suma A... haha
itulah moment yg paling gembira dalam hidup saya.
kini, sa masih menunggu result spm 2012.
tp, masih ada satu hal yg merisaukan saya. hati saya dah tak bersih. disebabkan uncle sa seorang, sa jadi benci dengan seluruh keturunannya termasuk diri sendiri. apa patut saya buat supaya perasaan ne hilang? dah banyak cara sa cuba tapi bukan dengan cara bunuh diri... tapi, termasuk lah dengan aktiviti inhalan.sa btul2 mau berhenti...
kiriman remaja malang
terima kasih sudi berkongsi cerita...memang perit dan pedih apa yg
dikongsikan oleh saudari mungkin sesiapa pun di tempat saudari pasti
mengalami trauma dengan sejarah silam yang menghantui
diri.disini saya kongsikan beberapa pandangan
1,kenali Tuhan
setiap manusia pasti ada kisah silam yang menyakitkan.Untuk mendapat kekuatan
terutamanya dalam hati saudari perlu tingkatkan amalan rohani.Saya tidak pasti
apakah agama saudari? jika saudari seorang Muslim saudari perlu perbanyakan
amalan seperti perbanyakan zikir,mohon tuhan lembutkan hati,dan sebagainya
yang berkait dengan rohani.
2,berkawan dengan orang yang baik
kebiasaanya apabila kita mempunyai masalah kita perlukan seseorang untuk
meluahkan perasaan namun pada waktu ini kebiasaanya kita akan luahkan
perasaan kepada kawan atau sahabat.Apabila saudari meluahkan pada seseorang
saya pasti hati saudari pasti tenang.Namun berhati-hati ketika memilih kawan
kerana apabila sesuatu berlaku kawan pasti menjadi lawan.
3.Jadilah seorang pemaaf
mungkin berat untuk memaafkan diatas apa yang berlaku tambahan pula membabitkan maruah.Namun percayalah disebalik kelukaan ini pasti ada hikmah disebaliknya menurut kata doktor Fadzilah Kamsah sebelum tidur maafkan semua orang insyallah satu hari nanti pasti perasaan benci saudari akan hilang
selagi saudari mengingati kisah tersebut dan selagi tak maafkankannya perasaan
benci takkan hilang melainkan dengan dengan memaafkannya dan cuba jauhkan
diri supaya tidak bertemu denganya.
saudari tak boleh membenci diri sendiri ia bukan salah saudari namun nasib tidak
menyebelahi saudari. saudari seorang insan yang hebat cuba bayangkan daripada
berjuta-juta benih saudari yang terpilih untuk dilahirkan di dunia ini..Jadi jangan
merasakan diri saudari lemah jadikan perkara ini sebagai anjakkan paradigma
bangkit dari dilemma..kuatkan semangat cuba tanam azam dalam diri aku
akan berjaya 1 hari nanti tidak kira apa yang berlaku.Percayalah jika ia berlaku
orang sekeliling saudari pasti hormat saudari.
sekian pandangan saya semoga saudari tabah menghadapi ujian.Setiap perkara yang berlaku adalah di atas kehendakNYA.
jawapan ini hanya dari pandangan Admin.Jadi jika anda ada sebarang pandangan atau pendapat sila beri pendapat anda dengan komen kotak dibawah mudah-mudahan ia bermanfaat kepada semua terima kasih kerana sudi membaca di blog ini.