Posted by : admin Saturday, June 1, 2013


Siti Saleha akui ingin berubah jadi lesbian - Selepas putus cinta dengan adik kepada Sharifah Sofia, Syed Adney Syed Hussein dua tahun lalu, Siti Saleha kini memilih untuk tetap solo dan fokus kepada kerjayanya sahaja. Menurut Siti Saleha, walaupun sudah berpisah dengan Syed Adney namun hubungannya dengan Sharifah Sofia tetap tiada masalah dan masih sering keluar bersama jika ada masa terluang.

"Putus cinta tidak jejaskan hubungan baik saya dengan Sofia, malah kami sering keluar bersama. Malah saya juga baik dengan keluarga mereka, mungkin antara saya dan Adney memang sudah tiada jodoh," katanya kepada mStar.


Ditanya berkenaan kerjaya beliau, Siti Saleha mengakui sedang sibuk di lokasi penggambaran filem Tujuh arahan Raja Mukhriz. Saleha yang memegang watak seorang lesbian bernama Tina akan mula menjalani penggambaran filem berkenaan di Cameron Highlands, Pahang.

"Watak ini agak mencabar dan pertama kali saya bawa, ketika sesi pembacaan skrip saya dapat rasakan ia sesuatu yang menarik dan akan beri pengalaman pada saya. Saya nak keluar dari watak-watak perempuan yang biasa, lemah-lembut dan penuh dengan cinta. Namun saya harap ia tidak menjadi isu pula kerana ia hanya sekadar lakonan semata-mata," kata Saleha lagi.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -