- Back to Home »
- Dalam Negeri »
- Budak Ditembak Mati Adalah Anak Pengganas
Posted by : admin
Wednesday, March 13, 2013
Polis mengesahkan budak lelaki berusia 13 tahun yang mati tertembak dan bapanya cedera ketika operasi mencari dan menggeledah di kawasan belukar di Kampung Sungai Bilis beberapa hari lalu, mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu.
Bapa budak berkenaan yang berusia 35 tahun itu masih dirawat di Hospital Lahad Datu dan akan ditahan selepas dibenarkan keluar wad, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Mereka ditembak ketika pasukan keselamatan sedang memeriksa beberapa orang yang disyaki ada kaitan dengan pengganas apabila terlihat pergerakan di kawasan berhampiran.
Selepas memeriksa kawasan itu, pasukan keselamatan menemui lelaki berkenaan yang cedera dan budak yang meninggal dunia.