- Back to Home »
- Hiburan »
- (GAMBAR) Aksi galak ala 'laki bini' Zain & Che Ta
Posted by : admin
Thursday, March 14, 2013
Wow, terkejut kami apabila melihat foto-foto aksi romantik dan mesra Zain Saidin bersama Rozita Che Wan ini. Apa tidaknya, mereka berdua sekarang dikatakan sedang hangat bercinta dan masing-masing sudah meluahkan perasaan yang terbuku di hati.
Tak cukup disitu, kedua-dua belah pihak keluarga juga turut merestui hubungan Zain dan Che Ta dan jika benar apa yang dikatakan, mereka dijangkakan akan berkahwin pada hujung tahun ini. Tak tahulah benar atau pun tidak, yang pastinya gandingan Zain Saidin dan Rozita Che Wan untuk cover depan isu terbaru majalah Media Hiburan ini benar-benar meletup.
Zain dan Che Ta juga kelihatan selesa dan serasi bersama jika dilihat melalui foto-foto mereka bersama. Lebih menarik apabila Che Ta memakai gaun pendek merah dan kemudian Zain duduk melutut sambil memegang lembut tangan Che Ta. Romantik gitu.
Lihat saja pada muka depan majalah Media Hiburan ini, penuh isu-isu panas kan? Jangan lupa dapatkan dipasaran nanti ya. Jom layan beberapa keping lagi foto mereka berdua selepas ini!