- Back to Home »
- Info »
- Gambar Prebet Ahmad Hurairah Yang Terkorban Di Tanjung Batu
Posted by : admin
Tuesday, March 12, 2013
Seorang lagi anggota keselamatan terkorban di Kampung Tanjung Batu hari ini. Perkara ini disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohamad Zin. Dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, pasukan keselamatan turut menembak mati tiga pengganas Sulu. Menurut maklumat dari laman sosial, anggota yang terkorban adalah Prebet Ahmad Hurairah yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan.
Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, anggota tentera yang terkorban di Sungai Nyamuk, Lahad Datu pagi tadi akan dibawa pulang ke kampungnya di Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan. Jenazah akan diterbangkan dari Lapangan terbang Tawau 4 pagi esok dan dijangka di di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa jam 8 pagi.
Foto di atas bukan gambar anggota tentera yang terkorban tetapi salah seorang anggota keselamatan kita yang telah cedera diserang hendap oleh pengganas semasa pertempuran pagi tadi. Anggota tentera yang cedera di pipi dalam pertempuran selama lima jam di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu hari ini, berada dalam keadaan stabil.