- Back to Home »
- Sukan »
- Keputusan Ayeyawady United vs Kelantan 13 Mac 2013
Posted by : admin
Wednesday, March 13, 2013
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Piala AFC 2013 antara Ayeyawady United vs Kelantan yang berlangsung petang tadi. Penyerang dari Australia, Dimitrios Petratos membantu Kelantan kembali ke dalam persaingan Piala AFC apabila menjaringkan dua gol untuk pasukannya menang 3-1 ke atas juara Myanmar, Ayeyawady United.
Ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi meletakkan pasukan pelawat di depan hanya dua minit perlawanan bermula di Youth Training Centre sebelum Petratos mengukuhkan kedudukan pada awal babak kedua.
Pemain tengah dari Slovenia, Dominik Bersnjak merapatkan kedudukan ketika pertemuan berbaki 11 minit tetapi bekas pemain Sydney FC, Petratos menjaringkan gol keduanya seminit kemudian.
Ini merupakan kemenangan pertama skuad Red Warriors dalam Kumpulan G selepas hanya seri 1-1 dengan wakil Maldives, Maziya pada perlawanan pembukaan mereka minggu lepas.
Kemenangan itu sekali gus melunaskan dendam kekalahan 3-1 Red Warriors kepada Ayeyawady dalam kejohanan ini di gelanggang yang sama tahun lalu.
Kejayaan itu meletakkan Kelantan, juara tiga piala tempatan musim lalu, di tempat kedua Kumpulan G.
Mereka berada dua mata di belakang SHB Da Nang, yang menewaskan Maziya 3-2 dalam satu lagi perlawanan.