Posted by : admin Sunday, March 31, 2013

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Liga Super antara Johor Darul Takzim menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos malam tadi. Skuad Johor Darul Takzim (DT) menebus kehampaan lalu apabila menang bergaya ke atas pasukan Terengganu dengan jaringan 3-2.

Jaringan pembukaan bagaimanapun dijaringkan terlebih dulu oleh pemain tinggi lampai dan berbisa Terengganu, Effa Owana Jean Emmanuel pada minit ke-10.

Gol Johor DT hanya hadir pada minit ke-36 menerusi penyerang sensasi Johor, Daniel Guiza yang menggegar gol lawan menerusi tendangan penalti selepas pemain Terengganu, Rosdi Talib menjatuhkan Nurul Azwan Roya dalam kotak penalti.

Guiza sekali lagi menggegar stadium yang dihadiri lebih 30,000 penonton dengan merembat masuk gol pada minit ke-45.

Memasuki babak kedua perlawanan, Johor DT membolosi gawang buat kali ketiga melalui Nurul Azwan Roya namun selang enam minit kemudian, Effa Owana menyumbat gol kedua Terengganu.

Kemenangan ini sekali gus menutup aib Johor DT akibat kekalahan memalukan 1-4 kepada skuad Selangor dalam perlawanan terdahulu di Stadium Shah Alam pada 9 Mac lalu.

Turut berkenan berangkat menyaksikan perlawanan malam ini ialah Raja Zarith Sofiah Sultan Idris dan anakanda-anakandanya Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dan Tunku Idris.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -