- Back to Home »
- Hiburan »
- Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25)
Posted by : admin
Saturday, March 2, 2013

Sebentar tadi, anugerah ini telah berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC) dan telah dihoskan oleh pelakon dan juga selebriti terkenal, Erra Fazira & Fahrin Ahmad. Berlangsung gilang-gemilang, anugerah ini telah meraikan jubli perak seiring dengan masuknya sambutan tahun yang ke-25.
Anugerah ini turut diserikan dengan persembahan khas oleh bekas juara Akademi Fantasia iaitu Hazama dengan lagunya, ‘Aku Mahu Dia’, Ella, Rahim Maarof dan lain-lain lagi penyanyi popular.
Berikut ialah senarai penuh pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM 25).
Filem Box Office – Ombak Rindu
Penyunting Terbaik – Wong Hui Lynn (Songlap)
Cerita Asal Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)
Pelakon Harapan Wanita - Jojo Goh (29 Februari)
Pelakon Harapan Lelaki – Izzue Islam (29 Februari)
Lakon Layar Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)
Sinematografi Terbaik – Haris Hue Abdullah (Songlap)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Normah Damanhuri (Songlap)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Syafie Naswip (Songlap)
Pelakon Wanita Terbaik – Maya Karin (Ombak Rindu)
Pelakon Lelaki Terbaik – Faizal Hussein (Bunohan)
Filem Bukan Melayu Terbaik – Petaling Street Warriors
Pengarah Filem Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)
Filem Terbaik – Bunohan