Posted by : admin Tuesday, March 26, 2013


Pengganas Sulu serah diri kerana 3 minggu tak makan nasi - Tidak makan selama lebih dua minggu menyebabkan seorang lelaki bersenjata Sulu akhirnya menyerah diri kepada pasukan keselamatan semalam, menurut mStar.

Lelaki bersenjata itu yang dalam keadaan lemah telah menyerah diri kepada anggota keselamatan di kawasan paya, Kampung Tanjung Baru kira-kira pada jam 5.00 petang semalam, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media petang tadi.

“Lelaki itu dalam keadaan sangat lemah, dia kelaparan dan tidak cukup tidur sejak beberapa minggu,” katanya, sambil menambah, saki-baki lelaki bersenjata yang lain dijangka akan datang menyerah diri tidak lama lagi jika mereka tidak mahu terus kelaparan.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -