Posted by : admin Thursday, March 14, 2013

Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) menafikan penyebaran gambar seorang bayi lelaki berusia 19 hari yang mengalami kecederaan di kaki kanannya di Facebook berpunca daripada kecuaian jururawat.

Sebaliknya kejadian itu berlaku selepas bayi berkenaan yang dimasukkan ke dalam kubikal untuk rawatan penyakit demam kuning itu cedera apabila tiub wayar darah di kakinya tercabut kerana mengerakkan kakinya.

Ketua Pengarah HRPZ II, Datuk Ghazali Hasni Mat Hassan berkata akibatnya kaki bayi berkenaan mengeluarkan sejumlah darah yang banyak.

Mengenai gambar yang disebarkan, Ghazali berkata gambar berkenaan diambil seorang penjawat awam yang melawat hospital itu menggunakan telefon bimbit.

Katanya gambar berkenaan dihantar kepada suaminya sebelum disebarkan.

Susulan daripada kejadian itu pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut terhadap kejadian itu sebelum mengambil tindakan lanjut.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -