- Back to Home »
- Info , Pendidikan »
- Tarikh Keputusan Peperiksaan SPM 2012
Posted by : admin
Friday, March 15, 2013
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, keputusan calon persendirian akan dimaklum melalui pos.
Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas. Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi hari Khamis, dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac 2013. Sementara itu, pengumuman analisis keputusan SPM akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada 9 pagi hari yang sama.
Peperiksaan bertulis SPM diadakan dari 5 November hingga 6 Disember tahun lalu dengan seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat di seluruh negara.