- Back to Home »
- Politik , Video »
- Video Animasi 'Mr Mansuh' Hangat Di Youtube
Posted by : admin
Sunday, March 10, 2013
Video animasi pendek bertajuk 'Mr. Mansuh' yang menggambarkan seorang pemimpin pakatan pembangkang sebagai watak 'super hero' kini menjadi perbualan hangat masyarakat.
Video tersebut yang dimuat naik sejak minggu lalu ditonton sebanyak 22,556 kali di laman sosial YouTube.
Menerusi video itu, watak 'super hero' berkenaan digambarkan mampu terbang untuk menabur janji kepada rakyat termasuk memansuhkan pelbagai dasar yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini. Janji itu termasuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tol dan menurunkan harga petrol serta mengajak rakyat mengadakan rusuhan jalanan.
Video animasi itu boleh ditonton melalui http://www.youtube.com/watch?v> Tse1vXSAq64 serta menerusi pelbagai tajuk lain yang dimuat naik di laman tersebut.