Posted by : admin Wednesday, April 3, 2013


Aaron Aziz disahkan hidap penyakit paru-paru berair - Aktor kacak yang juga merupakan pengacara bagi rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia telah disahkan menghidap penyakit paru-paru berair sejak menjejakkan kaki di bumi Cape Town, Africa di awal penggambaran tahun lalu.

Antara punca masalah kesihatan ini ialah kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya selepas penggambaran filem arahan Ahmad Idham dan terpaksa memakai pakaian basah seharian selepas memandu kereta terjun ke dalam kolam.

Tambahan pula cuaca di Cape Town mengalami perubahan setiap masa menyebabkan keadaan Aaron bertambah teruk.

Sempat menjalani penggambaran bagi episod pertama, Aaron kemudiannya ditahan di wad kerana disahkan menghidap pneumonia atau paru-paru berair.

“Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, doktor menahan saya di wad kerana keadaan ketika itu sangat teruk dan tidak berdaya.

“Saya sempat tidur semalaman di wad, namun tidak selesa dengan keadaan wad yang dipenuhi warga emas, saya minta keluar dari hospital,”
kata Aaron sambil ketawa.

Selepas keluar dari wad, Aaron mengambil keputusan berehat di hotel dan diberikan cuti selama seminggu.

“Lima hari tidak dibenarkan bekerja dan saya kembali mengacara semula dalam episod keempat. Inilah kali pertama saya diserang penyakit pneumonia, sebelum ini tidak pernah menghidap apa-apa penyakit kronik,” tutur Aaron.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -