Posted by : admin Monday, April 1, 2013

Tahukah anda kolam renang terbesar di dunia, terletak di San Alfonso del Mar resort di Chile?

Panjang kolam renang yang terletak di tepi pantai ini mencapai 1 kilometer panjang, dengan keluasan 8 hektar (19.77 ekar), menyamai keluasan 20 kolam renang bersaiz olimpik. Ianya diisi dengan air laut sebanyak 66 juta gelen dan bagi yang tak tahu berenang tu, mungkin dinasihatkan berhati-hati di sini kerana kedalamannya mencapai sehingga 35 meter dalam.

Kolam renang ini dibuka pada tahun 2006 lalu dan mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan dengan kos pembinaan mencapai kira-kira RM3 billion. Luasnya kolam renang ini hinggakan pengunjung bukan sahaja boleh berenang, bahkan turut boleh menaiki perahu layar di sini. Ianya menggunakan sistem sedutan dan penapisan yang dikawal menggunakan komputer untuk menyedut air dari lautan pada satu sudut dan mengepamnya keluar pada sudut yang lain.









Sumber dari Daily Mail

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -