Posted by : admin Tuesday, April 9, 2013



Ternyata gosip yang melanda penyanyi bersuara
 lantang, Ning Baizura tidak menjejaskan emosinya walaupun ia ditujukan kepada suami tersayang, Omar Sharif Christopher Layton Dalton (Omar). Berkaitan dengan Omar yang kononnya pernah menjalinkan hubungan sulit dengan setiausaha berketurunan Cina, Ning Baizura membalas dengan satu kenyataan kepada akhbar Utusan, hari ini.
Menurut Ning, dia sebenarnya agak terkejut dengan gosip berkenaan kerana suaminya telah berhenti kerja demi menguruskan perjalanan seninya secara sepenuh masa. Mengakui bahawa cerita tersebut hanyalah gosip liar, Ning Baizura meletakkan kepercayaan penuh kerana amat mengenali tingkah laku suaminya.
Penyanyi berusia 37 tahun ini turut menyatakan bahawa dirinya sudah lali dengan pelbagai gosip yang melanda sejak bergelar anak seni mulai tahun 1993. Dia juga mengharapkan pihak berkenaan dapat menghentikan gosip ini dengan secepat mungkin.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -