- Back to Home »
- Hiburan »
- Fadzil Zahari selalu singgah ke rumah saya di Johor - Yana Samsudin
Posted by : admin
Monday, April 1, 2013
Yana, 29, berkata Fadzil juga antara individu yang rajin untuk menemaninya ke mana-mana sahaja jika tiada halangan.
"Boleh dikatakan dia adalah lelaki yang rapat dengan saya selepas saya putus cinta dulu iaitu sejak tiga tahun lalu. Kami kenal sudah lama, saya rapat dengan keluarga dia dan dia juga beberapa kali ke singgah ke rumah saya di Johor jika ada kerja di sana," katanya ketika ditemui mStar di majlis Pesta Berlian Habib Jewel, semalam.
Yana diminta mengulas khabar angin hubungan cintanya dengan pelakon Fadzil Zahari yang semakin heboh diperkatakan orang. Bagaimanapun, jelas Yana, hubungan tersebut hanya sekadar teman rapat dan tidak lebih dari itu.
"Kami hanya kawan dan dia memang rajin menemani saya ke majlis-majlis jika tiada apa-apa halangan. Saya ajak dia teman kerana saya tidak suka jalan sendiri sejak dari dahulu," ujarnya.
Sementara itu, Yana berkata, dia mula rapat dengan Fadzil sejak dikenalkan oleh Farid. Malah Yana mengakui dia turut rapat dengan keluarga pelakon tersebut.