- Back to Home »
- Informasi »
- Gambar Balai Polis Keningau terbakar (4 Photo)
Posted by : admin
Friday, April 26, 2013
Gambar Balai Polis Keningau terbakar - Balai Polis Keningau telah terbakar semalam, kira-kira jam 1.30 tengahari dipercayai berpunca dari litar pintas yang berlaku di bahagian pendawaian atau wayar elektrik di luar bangunan yang menyimpan barang-barang kes.
Bagaimanapun, pihak bomba berjaya mengawal keadaan selepas tiba awal sebelum balai polis berkenaan hangus dijilat api. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku namun keseluruhan stor exhibit telah hangus dan musnah termasuk bangunan pejabat JSJ dan pejabat PIFOS. Berikut ialah beberapa gambar kebakaran balai polis Keningau.



