- Back to Home »
- Sukan »
- Keputusan Selangor vs Xuan Thanh Saigon 9 April 2013
Posted by : admin
Tuesday, April 9, 2013
Peluang Selangor untuk melangkah ke pusingan kedua kalah mati Piala AFC 2013 kembali 'hidup' selepas meraih kemenangan sulung pada perlawanan keempat Kumpulan H dengan menewaskan kelab Vietnam, Sai Gon Xuan Thanh 3-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Gol-gol menerusi Michal Kubala, Francis Forkey Doe dan Amri Yahyah membolehkan Selangor kini mengumpul 4 mata untuk berada di belakang East Bengal (10) dan Sai Gon (7). Tampines Rovers tercorot dengan 1 mata selepas tewas 2-1 kepada East Bengal di Kolkata, petang semalam.
Untuk muncul dua pasukan teratas ke pusingan kedua, Selangor perlu meneruskan rentak kemenangan pada baki dua perlawanan bertemu East Bengal di Stadium Shah Alam, 23 April ini dan Tampines di Stadium Jalan Besar, 30 April.
Pada aksi malam tadi, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim merehatkan beberapa tonggak utama seperti penjaga gol Norazlan Razali, Mahalli Jasuli dan K Gurusamy memandangkan Selangor bakal bertemu Felda United pada aksi Liga Super, Sabtu ini.
Namun Selangor tetap garang apabila berjaya mendahului 1-0 pada babak pertama hasil sepakan percuma padu Kubala seawal minit kelapan yang gagal diselamatkan penjaga gol Sai Gon, Bui Tan Truong.
Selangor terus yakin selepas Forkey Doe menyudahkan hantaran Amri untuk gol kedua pada minit ke-62 sebelum Amri sendiri melakukan lambungan cantik untuk gol ketiga pada minit ke-71. Gol sagu hati Sai Gon dijaringkan Moses Oloya, minit ke-80.