- Back to Home »
- Luar Negara »
- 'Jenazah' Ketua Tentera al-Qassam Mati Selama 6 Jam
Posted by : admin
Sunday, April 7, 2013

Itu keajaiban dan kekuasaan Allah yang diperlihatkan ke atas Ketua Tentera al-Qassam kawasan Zaitun, Muhammad al-Hasanad.
Muhammad berkata, kejadian itu berlaku selepas dia diserang puluhan pesawat tanpa juruterbang (drone) milik Israel pada 2008 menyebabkan dia cedera teruk termasuk kedua-dua kakinya terpaksa dipotong hingga paras paha. “Nyata, kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Saya sudah disahkan meninggal dunia namun selepas enam jam, jantung saya tiba-tiba berdenyut semula.
“Anggota keluarga dan sahabat handai yang ketika itu datang menuntut ‘jenazah’ saya untuk dikebumikan semuanya terkejut, lantas bersyukur dengan kekuasaan Allah,” katanya yang ditemani isteri, Fatimah Hasanad.