Posted by : admin Sunday, April 7, 2013

 
Epal merupakan buah yang mempunyai dua warna iaitu epal merah dan hijau. Selain epal hijau, epal merah juga mempunyai khasiat yang banyak antaranya mampu menurunkan berat badan. Epal merah dan hijau mempunyai sedikit perbezaan antaranya dari segi rasa. Epal merah mempunyai rasa yang manis, dan epal hijau sedikit masam-masam manis. Jom kita ketahui apakah khasiat buah epal di bawah ini.
  1. Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.
  2. Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikalbebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.
  3. Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah drpd tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang selkanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.
  4. Jangan biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.
  5. Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalammembantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.
  6. Kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -