Sebentar lagi iaitu jam 11.30 pagi (3 April 2013) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan berucap secara langsung di televisyen RTM TV1 dari pejabatnya di sini. Ucapan tersebut dipercayai bagi mengumumkan pembubaran Parlimen sekali gus membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.