- Back to Home »
- Politik »
- PRU-13: Husam Musa Bakal Lawan Tengku Adnan Di Putrajaya
Posted by : admin
Thursday, April 4, 2013
Datuk Husam Musa mengatakan beliau hampir pasti melawan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di kerusi parlimen Putrajaya dalam Pilihan Raya 2013.
Naib presiden PAS itu mengakui beliau tiada masalah untuk mewakili Pakatan Rakyat (PR) di kerusi tersebut sekiranya diarahkan walaupun ianya ibarat melakukan “bunuh diri” dalam politik.
“Nampaknya ke arah itulah (bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya,” kata Husam kepada pemberita.
“Lebih 50 peratus benar tentang kemungkinan itu,” katanya lagi.
Husam yang ditemui selepas mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) tamat berkata senarai calon masih lagi diperingkat akhir dan pengumuman penuh akan dibuat dalam masa terdekat. Semalam, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata kepimpinan PR akan mengadakan sidang media untuk mengumumkan tentang senarai calon walau bagaimanapun pada saat akhir dibatalkan hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen di Putrajaya bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya 2013 diadakan tidak lama lagi.
Ahli politik daripada parti gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) bertarung merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun pada Pilihan Raya 2013, The Malaysian Insider difahamkan ia bakal berlangsung dalam tempoh sebulan ini.
Seramai 13.3 juta pengundi, termasuk 3,000 yang menetap di luar negara telah mendaftarkan diri sebagai pengundi pada pilihan raya kali ini yang dilihat paling sengit dan penting untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kajian bebas menunjukkan BN mungkin boleh memenangi pilihan raya tetapi tipis dengan memperoleh 117 kerusi berbanding PR hanya 105 sahaja.