- Back to Home »
- Politik »
- Senarai 22 Idea Manifesto PR Yang Diciplak BN
Posted by : admin
Monday, April 8, 2013
Berikut adalah senarai penuh 22 idea manifesto Pakatan Rakyat yang ditiru bulat-bulat oleh Barisan Nasional. Manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu menawarkan penurunan harga kereta sehingga 20 hingga 30 peratus sama seperti dibentangkan Pakatan dalam manifesto yang diumum enam minggu lebih awal. BN turut menciplak idea untuk memberi permit individu kepada pemandu teksi, peruntukan khas kepada semua jenis sekolah dan banyak lagi.
- Menurunkan harga kereta dengan penurunan 20 hingga 30 peratus secara berperingkat
- Menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak
- Menggunakan dana kerajaan melalui penglibatan terus kerajaan untuk menambah rumah mampu milik sebagai usaha mengawal harga rumah
- Memperbaiki perumahan estet dan memastikan perumahan selesa bagi bekas pekerja estet
- Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat
- Menambah baik perkhidmatan bas untuk digunakan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan kenderaan awam
- Memberikan permit teksi individu
- Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi (high speed rail)
- Membina Lebuhraya Pan Borneo
- Mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat
- Reformasi percukaian untuk mengurangkan beban cukai pendapatan kepada golongan bawahan
- Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana mengikut peratusan perolehan minyak
- Peruntukan khas kepada semua jenis sekolah
- Menawarkan status sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil
- Penekanan kepada pendidikan kemahiran dengan menaiktaraf sekolah vokasional menjadi kolej
- Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum
- Mewujudkan mahkamah khas untuk menangani isu-isu tanah pribumi
- Mewartakan semua tanah adat
- Menjana pendapatan dari pembangunan tanah wakaf
- Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) dengan menyediakan pakej penggajian yang lebih baik
- Menaikkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok
- Memastikan keseimbangan kaum yang lebih adil di dalam perkhidmatan awam
