Posted by : admin Monday, April 8, 2013


Terkini Lahad Datu - Seramai 32 lelaki warga Filipina dipercayai cuba menyelinap masuk ke negeri ini menerusi perairan Tambisan, Lahad Datu bersama sejumlah senjata berjaya ditangkap oleh pasukan keselamatan, dipetik dari Kosmo.

Kesemua lelaki yang menaiki sebuah bot itu ditahan pada pukul 2 pagi semalam dan pemeriksaan di atas bot tersebut oleh pasukan keselamatan menemui selaras M16, sepucuk pistol yang belum diketahui jenis, parang, kapak dan sejumlah tangkal. Mereka ditahan kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kehadiran bot warga asing itu dikesan pasukan keselamatan yang kemudian melancarkan operasi penahanan.

"Bot itu dikesan berada di perairan negara dan dipercayai cuba memasuki negara ini. Hasil pemeriksaan, kita turut menemui beberapa senjata termasuk senjata api, parang, kapak dan beberapa dokumen," kata beliau pada sidang akhbar semalam.

Sementara itu, pasukan forensik menemui 15 lagi mayat di Kampung Tanduo berhampiran Lahad Datu dan membuat persediaan untuk mengeluarkan mereka dari asas militan Selatan Filipina petang ini.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -