Posted by : admin Monday, June 24, 2013


Cara semak online Index Pencemaran Udara (IPU) jerebu - Memandangkan fenomena jerebu masih berlaku secara berterusan di seluruh Malaysia, maka adalah penting bagi kita untuk selalu menyemak paras Index Pencemaran Udara (IPU) jerebu di kawasan masing-masing.

Ini kerana, mengikut penilaian admin sendiri, paras Index Pencemaran Udara (IPU) jerebu bagi setiap kawasan sering berubah-ubah setiap hari, tiada yang konsisten.

Jadi, jika anda belum tahu cara atau kaedah membuat semakan Index Pencemaran Udara (IPU) jerebu secara online, anda boleh masuk ke laman sesawang rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia.


Untuk makluman, jerebu kali ini adalah antara yang paling teruk pernah berlaku di Malaysia sehingga menyebabkan dua buah daerah iaitu Ledang dan Muar diisytiharkan darurat oleh Perdana Menteri. 

Selain itu, sekolah di beberapa buah negeri atau daerah seperti Melaka, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Kuantan telah ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahukan kemudian.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -